Link Copiedcheck_circle
EV

Pendaftaran Minat EV E-Tron GT & Q8 E-Tron Kini Dibuka Di M'sia, Pelancaran Tidak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengedar rasmi kenderaan berjenama Audi, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) kini telah membuka pendaftaran minat untuk kenderaan elektrik iaitu e-tron GT dan Q8 e-tron melalui laman sesawang rasmi Audi Malaysia




Berdasarkan laman pendaftaran tersebut, SUV elektrik Q8 e-tron yang akan dibawa masuk nanti adalah dalam dua rekaan iaitu versi standard dan Sportback, kedua-dua bentuk badan ini akan ditawarkan dalam dua varian, 50 dan 55. Sementara e-tron GT pula akan ditawarkan dalam versi biasa iaitu  e-tron GT quattro dan versi lebih ‘hangat,' RS e-tron GT.


SALOON SPORT E-TRON GT 




Kedua-dua varian model saloon sport e-tron GT itu hadir dengan sistem dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD) yang dikuasakan oleh bateri 84 kWh yang menjanjikan jarak perjalanan mencecah 501 km. Dari segi prestasi, e-tron GT quattro memiliki output maksimum 476 hp/630 Nm, sementara versi RS pula dengan kuasa lebih tinggi iaitu 598 hp/830 Nm. Masing-masing mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.1 saat dan 3.3 saat. 


Menggunakan platform 800V yang sama seperti dalam Porsche Taycan, saloon sport e-tron GT ini boleh menyokong sistem pengecas biasa AC dengan input maksimum 22 kW dan pengecas pantas DC 270 kW. 


SUV Q8 E-TRON 




Varian asas, Q8 e-tron 50 turut menggunakan sistem dwi-motor dan AWD seperti pada e-tron GT, namun ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti lebih tinggi, 89 kWh. Versi badan standard dikatakan dapat mencapai jarak hingga 491 km, sementara Sportback pula 505 km. 




Varian lebih tinggi, Q8 e-tron 55 pula dikuasakan oleh pek bateri 106 kWh (dengan sistem dwi-motor dan AWD yang sama). Varian ini memberikan kereta output setinggi 408 hp/664 Nm. Varian Q8 e-tron ini dikatakan mampu mencapai jarak gerak sehingga 582 km dalam bentuk badan standard dan 600 km dalam bentuk badan Sportback. 




Q8 e-tron boleh dicas dengan pengecas AC dan DC. Untuk AC, kadar input maksimumnya ialah 11 kW atau 22 kW dengan pilihan naik taraf ditawarkan Audi untuk pasaran tertentu. Untuk pengecas pantas DC, Q8 e-tron 50 boleh menerima input tertinggi 150 kW dan Q8 e-tron 55 pula sehingga 170 kW. 


​​Buat masa ini, PHSAM masih belum mendedahkan maklumat lengkap mengenai pakej kemasan kabin yang ditawarkan, pilihan tambahan lain, anggaran harga mahupun tarikh pelancaran. Namun, pembukaan pendaftaran minat ini menandakan pelancaran rasminya di negara kita berkemungkinan besar akan diadakan tidak lama dari sekarang.


Bagi yang berminat dengan model yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Porsche Taycan ini, boleh daftarkan minat anda di pautan berikut: Audi.com.my/e-tron-1

Tag:

Kereta Elektrik
Kenderaan Elektrik
Audi Malaysia
PHSAM
PHS Automotive Malaysia
AUDI Q8 E-TRON
Audi e-tron
Audi e-tron GT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas

Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 2,453 unit kenderaan elektrik (EV) didaftarkan. Apa model terlaris?

01-07-2024
EV

Bahan Dalam Ubat Gigi Bantu EV Gerak Lebih Jauh, Bateri Tahan Lebih Lama?

Penemuan terbesar dalam teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) didedahkan.

03-07-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
Global

BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China

BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.

02-05-2023
EV

Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.

18-04-2023
EV

BYD Seagull, EV Sekecil Axia Ini Boleh Capai Jarak 405KM Dengan Cas Penuh

BYD China telah mendedahkan imej rasmi kenderaan elektrik (EV) kompak keluaran syarikatnya, BYD Seagull.

03-04-2023
EV

Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.

27-03-2023
EV

MITI Sentiasa Kaji Semula Dasar Automotif Nasional

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa mengkaji semula Dasar Automotif Nasional (NAP 2020).

17-03-2023

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026