- Berita
- Kereta Baru
- Peugeot Landtrek Bakal Dilancar Tapi Tempahan Sudah Dibuka!

Selain model Kia Sorento dipertontonkan kepada media, BAuto (Bermaz Auto Berhad) turut menayangkan trak pikap baharunya, Peugeot Landtrek dalam satu majlis baru-baru ini.
Apapun, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd mengesahkan trak pikap saiz sederhana itu bakal dilancarkan tidak lama lagi di negara ini sekali gus menjadi Landtrek yang pertama di Asia Pasifik.

Ia diasaskan daripada trak pikap China, iaitu Changan Kaicheng F70 dan Landtrek adalah satu-satunya trak pikap yang dijual dalam barisan model Peugeot.
Untuk pengetahuan anda, ia disumbat dengan enjin 1.9 liter empat-silinder turbodiesel yang mampu memberikan kuasa 150hp dan tork 350Nm.

Difahamkan trenkuasanya dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan dan turut digabungkan dengan sistem pacuan empat-roda separa-masa termasuk rear differential lock.
Dari segi rekaannya, bahagian hadapannya dihiasi dengan logo singa dan hadir dengan muka signatur Peugeot.
Jika diamati dengan jauh, lampu nyalaan siang LED Fang di bahagian kiri dan kanan arah depan menggambarkan ia seolah-olah taring singa dimana ia adalah bahasa rekaan standard untuk mana-mana model Peugeot ketika ini.

Landtrek Peugeot ini juga hadir dengan kelengkapan seperti tempat pemijak tepi, rel bumbung, rim aloi 18-inci, palang sport dan tailgate biasa.

Menjengah bahagian dalamannya pula, iadilengkapi dengn skrin sesentuh 10-inci definisi tinggi, serta sambungan Apple CarPlay/Android Auto termasuk kamera parkir 360 darjah.

Bagi ciri-ciri keselamatannya pula, ia akan didatangkan dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Pengawal Anti-Gelinciran, bantuan mula mendaki, kawalan turun bukit dan Isofix.
Bagaimanapun, tempahan untuk Peugeot Landtrek sudah dibuka melalui pengedar sah di seluruh negara pada harga RM123,000.
Apa pandangan anda mengenai Peugeot Landtrek atau anda lebih suka dengan Ford Ranger XLT Plus yang baru sahaja dipandu uji pasukan kami?

Apapun jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
