Link Copiedcheck_circle
EV

Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Awal hari ini, Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua untuk pasaran tempatan tahun ini. 

“Buat masa ini, kami percaya HEV adalah yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia dan akan menambah model HEV kedua pada tahun 2023,” kongsi eksekutif tersebut dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama model yang akan dilancarkan nanti, namun berkemungkinan besar model yang dimaksudkan ialah MPV Innova Zenix yang dilancarkan di Indonesia baru-baru ini. 

Dibina berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), Toyota Innova Zenix yang dilancarkan di Indonesia turut didatangkan dalam varian hibrid (HEV)

Setakat ini, UMW Toyota hanya menawarkan satu model HEV iaitu SUV crossover Corolla Cross Hybrid di pasaran Malaysia

Pada masa ini, UMWT menawarkan Toyota Corolla Cross Hybrid (berasaskan platform TNGA) sebagai satu-satunya model HEV syarikat yang kini dihasilkan di kilang yang bertempat di Bukit Raja, Selangor. Model HEV kedua itu nanti juga mungkin akan dipasang di kilang sama. 

Infografik ini memaparkan teknologi HEV yang digunakan Toyota dalam Corolla Cross Hybrid

Pengenalan model HEV baharu itu nanti dapat memulakan usaha pengurangan pelepasan karbon dioksida secara serta-merta. Tetapi ini tidak bermaksud syarikatnya tidak mempertimbangkan penghasilan kenderaan berkuasa elektrik.

Model EV Lexus RZ 450e 

Toyota bZ4X spesifikasi Thailand

UMWT memaklumkan bahawa ia mengambil pandangan jangka panjang dan sudah menilai kenderaan elektrik bateri (BEV). Kedua-dua jenama, Toyota dan Lexus kini sudah pun memiliki model elektrik penuhbZ4X dan RZ 450e yang sedang dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

Baca: Toyota Malaysia Kini Jenama Automotif Bukan Nasional No. 1: Lepasi Jualan 100K Unit Tahun 2022!

Baca: Toyota bZ4X Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tahun Depan! Baca: Toyota bZ3: Sedan Elektrik Ini Boleh Capai Lebih 600 KM! Ini Yang Kita Tahu...

Baca: Harga 3 Model Toyota Ini Naik Dari RM2K Ke RM10K Bagi Tahun 2023

 


 

 

 

 

 

 


Tag:

UMW Toyota Motor
UMW Toyota
Lexus
Toyota Innova
Toyota Corolla Cross
Malaysia
UMWT
HEV
Toyota hybrid
Kenderaan Elektrik
TOYOTA INNOVA ZENIX
Toyota EV
Toyota Corolla Cross Hybrid
Toyota HEV
Lexus HEV
Lexus Hybrid
Lexus EV
kenderaan elektrik hibrid
kenderaan elektrik Lexus
Ravindran K.
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

02-12-2024

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026