Link Copiedcheck_circle
Global

Sewaan Skuter Elektrik Mungkin Diharamkan Di Paris, Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Skuter elektrik yang diletakkan di sisi jalan raya di Paris, Perancis (Foto: Reuters/Charles Platiau)


Dapatkah skuter elektrik terus digunakan di kotaraya Paris? Inilah yang akan terus menjadi persoalan sehingga bulan April nanti. Agensi Anadolu (AA) melaporkan, penduduk Paris akan mengadakan undian samada penyewaan skuter elektrik akan diharamkan atau tidak setelah lebih daripada empat tahun servis perkongsian skuter ini ditawarkan di sana. 


PUNCA SITUASI INI


Penggunaan skuter elektrik di bandar ini mula menjai kontroversi apabila banyak kes kemalangan dilaporokan. Pada tahun 2022 tahun sahaja, sebanyak 337 kes kemalangan direkodkan berlaku di Paris, termasuklah satu kemalangan maut. 


Foto yang diambil pada 12 Jun 2019 ini menunjukkan skuter elektrik Lime-S oleh syarikat AS yang disediakan di Paris (Foto: AFP via Getty Images)


Selain itu, orang ramai tidak selesa kerana laluan pejalan kaki kini mula dipenuhi dengan kenderaan tersebut yang diletakkan di merata-rata sehingga mengganggu perjalanan.


Pengguna skuter elektrik ini juga dikatakan sering tidak mematuhi peraturan lalu lintas. 


PENGUMUMAN TENTANG UNDIAN YANG BAKAL DIADAKAN


Ahad lalu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, membuat pengumuman bahawa pengutan pendapat mengenai penerusan penggunaan skuter elektrik sewa ini akan diadakan pada 2 April nanti. Secara peribadi beliau berpendapat, penggunaan mod pengangkutan tersebut patut dihentikan namun beliau akan menghormati keputusan orang ramai. 


Undian yang bakal dibuat nanti hanyalah membabitkan penggunaan skuter elektrik untuk disewa. Sekiranya pengharaman dilaksanakan, penduduk dengan skuter elektrik peribadi tidak terkesan. 


PENGGUNAAN SKUTER ELEKTRIK DI MALAYSIA 


Pada bulan April tahun lalu, Kementerian Pengangkutan negara telah menetapkan larangan penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti di atas jalan raya. Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sekiranya peraturan tersebut dilanggar, pesalah akan dikenakan kompaun sehingga RM300 seperti diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).




"Sekiranya membabitkan kemalangan ia akan menjadi satu isu besar kerana tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41 hingga 44 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan atau sehingga menyebabkan kematian.


"Walaupun kompaun yang dikenakan hanya RM300, namun Akta Pengangkutan Jalan boleh digunakan sepenuhnya sekiranya berlaku kemalangan," katanya.


Sumber: Berita Harian, Forbes, Reuters


Baca: Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!

Baca: Perancis Bagi Hingga RM18K Ganjaran Tukar Kereta Kepada E-Bike

Baca: Bertembung Pihak Berkuasa Semasa Naik Kenderaan Mikromobiliti? Ini Yang Anda Akan Lalui

Tag:

mikromobiliti
e-skuter
skuter
Skuter Elektrik
Paris
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti

Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.

24-05-2023
Berita Auto

Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT

Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.

14-03-2023
Berita Auto

Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%

Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia.

23-02-2023
Berita Auto

Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam, Penghubung Bas, MRT, LRT, Monorel – Anthony Loke

Terminal Titiwangsa bakal dibangunkan untuk menjalani transformasi besar-besaran sebagai hab utama pengangkutan awam.

09-02-2023
Berita Auto

Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!

Pembekal perkhidmatan mikromobiliti Malaysia, Beam Mobility telah mencatatkan rekod penggunaan dan pendaftaran keseluruhan yang tertinggi setakat ini.

16-12-2022
Berita Auto

Penggunaan Mikromobiliti Berkelajuan Tidak Lebih 25KM/J Sedang Dipertimbang

Peraturan penggunaan mikromobiliti kini sedang dalam fasa akhir perbincangan.

29-06-2022
Berita Auto

E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!

Tiga kategori kenderaan mikromobiliti iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) kini diharamkan.

27-04-2022

Berita Terkini

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025