Link Copiedcheck_circle
EV

7 Model EV Futuristik Geely Galaxy Diperkenalkan Dalam Tempoh 2 Tahun, Bermula 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Geely Auto Group semalam telah melancarkan siri produk elektrik mewah terbaharu, Geely Galaxy, dalam satu acara yang diadakan di Hangzhou. Model yang diperkenalkan dalam siri ini adalah termasuk sebuah SUV PHEV perjalanan jarak jauh iaitu Galaxy L7 dan sebuah kereta konsep elektrik penuh, Galaxy Light.


TEKNOLOGI GEELY GALAXY


Model elektrik yang dikeluarkan di bawah siri Galaxy ini menggunakan seni bina elektrik pintar yang khusus serta E-CMA bagi model hibrid jarak jauh. Dari segi rekaan, rangkaian model elektrik ini diberikan sentuhan futuristik. 


Dalam majlis yang sama, Geely Auto turut mendedahkan pelbagai teknologi elektrifikasi yang telah dibangunkan iaitu sistem keselamatan bateri Aegis baharu, rangkaian kuasa NordThor Hybrid 8848 serta sistem operasi kenderaan pintar, Galaxy N-Operating System (Galaxy N-OS).


Galaxy Light


Model elektrik dalam siri ini merupakan yang pertama yang akan menggunakan sistem bateri keselamatan bateri Aegis yang menawarkan perlindungan tahap tertinggi kepada pengguna sepanjang jangka hayat bateri. Salah satu kelebihan bateri yang dipasangkan ialah reka bentuknya yang kini lebih kalis api dan kalis letupan serta memiliki tahap rintangan tusukan atau puncture yang lebih tinggi. 


Galaxy Light


Selain itu, Geely Galaxy merupakan rangkaian model pertama yang akan menggunakan enjin hibrid khusus NordThor generasi terbaharu, NordThor 8848, yang mencapai tahap kecekapan haba puncak pada 44.26%. Sistem ini digabungkan dengan transmisi hibrid khas tiga kelajuan NordThor untuk memberikan kenderaan prestasi dan tahap penjimatan minyak yang maksimum.  Penggunaan teknologi ini dikatakan dapat meningkatkan lagi penjimatan bahan api kenderaan sebanyak 15%.




Turut akan digunakan pada barisan kenderaan elektrik mewah ini ialah Galaxy N-OS yang dibangunkan di bawah strategi Smart Geely 2025. Sistem operasi ini menggunakan cip kenderaan  Snapdragon 8155 Qualcomm yang membolehkan sistem dihidupkan dengan pantas. Dengan akses kepada rangkaian satelit Geely Holding Group, model-model dengan sistem operasi ini lengkap dengan sistem navigasi berketepatan tinggi selain dapat memberikan kedudukan tepat untuk fungsi pemanduan pintar.


TUJUH MODEL 


Galaxy L7


Tujuh model dirancang untuk dikeluarkan bagi siri Geely Galaxy dalam tempoh dua tahun ini, yang merangkumi empat model elektrik hibrid jarak jauh seperti  SUV Galaxy L7 dan sedan L6 serta tiga model elektrik sepenuhnya, Galaxy E, yang bermula dengan Galaxy E8. Penghantaran bagi L7 dikhabarkan akan bermula pada suku kedua tahun ini, L6 pada suku ketiga dan E8 pada suku keempat tahun ini.

Tag:

Kenderaan Elektrik
Geely Galaxy
Geely Galaxy L7
Galaxy E8
SUV
PHEV
Galaxy L
Galaxy Light
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...

Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...

Nisbah pengecas dan EV di Malaysia di tahap yang sihat. Ini kupasannya...

22-07-2025
EV
Nissan Micra Generasi Keenam: EV Cecah 408 KM, Kembar Renault 5

Nissan Micra Generasi Keenam: EV Cecah 408 KM, Kembar Renault 5

Nissan akhirnya memberikan nafas baharu dengan perubahan radikal terhadap model kompaknya, Micra, yang kini muncul dalam versi EV.

23-05-2025
EV
Mazda 6e Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Mazda 6e Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Baru-baru ini, Mazda mengumumkan bahawa Mazda 6e, yang dikenali sebagai EZ-6 di China, bakal memasuki pasaran Thailand.

19-02-2025
EV
Sasaran EV Johor 2030: 15,840 EV & 1,245 Stesen Pengecas

Sasaran EV Johor 2030: 15,840 EV & 1,245 Stesen Pengecas

Kerajaan Negeri Johor kini menetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan memiliki lebih 15,000 unit EV berdaftar.

14-02-2025
Berita Auto
BMW Group Perlukan Dasar EV Jelas Daripada Kerajaan

BMW Group Perlukan Dasar EV Jelas Daripada Kerajaan

BMW Group Malaysia menekankan pentingnya sokongan kerajaan untuk memacu industri kenderaan elektrik (EV) yang dipasang secara tempatan (CKD).

26-11-2024
EV
Kos Baiki EV Terlibat Kemalangan Lebih Tinggi Dari Enjin Biasa? Kenapa?

Kos Baiki EV Terlibat Kemalangan Lebih Tinggi Dari Enjin Biasa? Kenapa?

EV mungkin lebih murah untuk diselenggara, namun kos baik pulih selepas kemalangan adalah jauh lebih tinggi berbanding ICE. Benarkah?

14-08-2024
EV
Pengeluaran SUV Elektrik, Nevo E07, Sebuah "Transformer" Boleh Jadi Trak Pikap, Kini Bermula

Pengeluaran SUV Elektrik, Nevo E07, Sebuah "Transformer" Boleh Jadi Trak Pikap, Kini Bermula

Pengeluaran hibrid SUV/trak pikap elektrik, Nevo E07, kini bermula di kilang digital Changan.

22-07-2024
EV
Syarikat EV China Rancang Bina Kilang di Johor - JIMEX

Syarikat EV China Rancang Bina Kilang di Johor - JIMEX

Johor bakal menjadi hab utama pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia?

11-07-2024

Berita Terkini

EV
Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan

Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan

Mercedes-Benz bakal memperkenalkan model GLC generasi seterusnya dengan teknologi elektrik, dinamakan ‘Mercedes-Benz GLC with EQ Technology’.

06-08-2025
EV
JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV
MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV
Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV
Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025
EV
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
EV
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV
eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.

28-07-2025