Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Beri Amaran Keras, Jangan Pinjamkan Kenderaan Kepada Warga Asing Atau Anda Akan Diheret Ke Mahkamah

Suhana Veru

Kongsi melalui


Rakyat di negara ini dinasihatkan supaya jangan sesekali meminjamkan kenderaan anda kepada warga asing.

Ini kerana anda kini boleh diheret ke mahkamah atas kesalahan meminjamkan kenderaan kepada warga asing.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata jika sebelum ini pemilik asal hanya dikenakan kompaun tetapi pihaknya sedang berusaha membawa kes berkaitan ke mahkamah sebagai pengajaran.

“Semakin ramai warga asing terutama etnik Rogingya dikesan memandu kereta dan menunggang motosikal yang dipinjam daripada pemilik yang juga warga tempatan termasuk dipinjamkan oleh majikan masing-masing.


"Mereka ini tidak mempunyai lesen memandu dan kenderaan juga ada yang tiada insurans, jadi jika terbabit dalam kemalangan atau kesalahan jalan raya, memang menimbulkan masalah besar.

"Jadi, kami sedang berusaha untuk membawa kes itu ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan berbanding sebelum ini hanya dikenakan kompaun sahaja,” katanya.


Beliau turut mengakui etnik Rohingya dilihat semakin berani apabila memandu kereta.

Ini mungkin ada kaitan  kerana mereka adalah pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) menyebabkan mereka berasa kebal.

“Pemegang kad UNCHR menganggap mereka memiliki 'lesen besar' dan kebanyakan yang ditahan adalah memandu kereta dan menunggang motosikal roda tiga berbanding warga Bangladesh yang lebih suka berbasikal,” tambahnya.


Buat masa ini, JPJ  akan sita terus kenderaan yang dipandu mereka. Jadi, fikir dua kali sebelum meminjamkan kenderaan anda kepada mereka.

Apa pula pandangan anda mengenai isu ini?

Kongsikan..


Gallery

Tag:

JPJ Kelantan
JPJ, PDRM
UNCHR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju

Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.

17-03-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Lori Pasir, Balak Paling Banyak Atas Jalan Raya Di Kelantan

JPJ Kelantan mengakui kenderaan berat yang membawa muatan bahan binaan seperti pasir dan balak paling banyak bergerak di atas jalan raya di negeri terbabit.

19-09-2025
Berita Auto

JPJ Kutip Lebih RM100 Juta Saman Sebab Tawar Flat Rate RM150!

JPJ telah mengutip lebih RM100 juta hasil bayaran saman tertunggak melalui tawaran kompaun khas kadar rata RM150 yang dilaksanakan sejak Januari lalu.

25-08-2025
Berita Auto

Modus Operandi Dihidu JPJ, Kenderaan Asing Tanpa Permit Tidak Lagi 'Selamat'

Kenderaan asing dari Thailand yang tiada Permit Edaran Antarabangsa (ICP) kini tidak lagi ‘selamat’ kerana modus operandi telah berjaya dihidu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

18-09-2024
Berita Auto

Lebih 900 Warga Asing Disaman Dalam Tempoh 1 Minggu Di Kelantan

Dalam tempoh hanya seminggu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak polis telah mengeluarkan sejumlah 914 saman kepada warga asing di Kelantan.

30-05-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026