- Berita
- Global
- Kecoh, Honda City Facelift 2023 Akan Dilancar Di India
Kecoh apabila beberapa gambar Honda City 2023 bocor di internet dimana jentera itu dijadualkan akan dilancarkan di India dalam tempoh terdekat ini.
Berdasarkan imej dan sumber dalaman dari India, model ini cuma menerima sediikit perubahan dari bahagian luaran dan dalaman.
Di bahagian luaran, perubahan ketaranya boleh dilihat dari grilnya memandangkan panel krom kini lebih nipis manakala elemen gril sarang lebah diberikan rekaan yang lebih besar.
Melihat ke bawah lagi, gril pada bampar hadapannya juga dilihat lebih besar berbanding sebelum ini.
Tidak ketinggalan, terdapat juga perumah lampu kabus perumah pada sebelah sisi yang dihubungkan kepada gril tengah.
Menjengah bahagian dalamannya, foto yang tersebar itu menunjukkan ia bermotifkan kemasan serba hitam yang lebih berkelas.
Sumber di India itu turut mendakwa bahawa antara penambahan ciri yang baharu ialah pad pengecas telefon pintar tanpa wayar dan mungkin tempat duduk berventilasi, namun kebanyakannya mungkin eksklusif untuk pasaran India sahaja.
Datang kepada trenkuasanya, Honda City dikatakan menawarkan beberapa pilihan di India bermula dengan enjin biasa iaitu 1. 5 liter i-VTEC, 4-silinder yang menghamburkan 121 kuasa kuda yang digandingkan dengan pilihan transmisi sama ada 6-kelajuan manual atau CVT.
Honda juga dikatakan akan menawarkan satu lagi pilihan hibrid, Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD) yang menjana 126 kuasa kuda dan digandingkan dengan transmisi e-CVT.
Ada juga spekulasi yang mengatakan bahawa Honda City facelift 2023 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran India pada awal bulan Mac ini.
Apapun model facelift ini menyaksikan sedan kompak Honda City ini kelihatan lebih padu baik berbanding pesaingnya yang berada di pasaran lain.
Ketika ini, pasaran sedan kompak segmen B di India telah menyaksikan persaingan yang cukup hebat.
Selain daripada facelift Honda ini, pesaingnya, Nissan Almera juga akan mendapat akan menerima beberapa perubahan tidak lama lagi, manakala Toyota juga telah memperkenalkan Vios baharu di sana.
Menyentuh mengenai harganya, sumber dalaman itu tidak mendedahkan harganya.
Namun di Malaysia, Honda City dijual pada harga antara RM 77,600 hingga RM 108,800, bergantung kepada varian.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari