Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Maserati Lavente GT Hybrid, Harga Bermula Dari RM738,888

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengedar kenderaan berjenama Maserati di Malaysia, Naza Italia melancarkan secara rasmi SUV terbaharunya, Maserati Levante GT Hibrid 2023.

Naza Italia SUV mewahnya itu dijual pada harga bermula dari RM738,000.

Ia bagaimanapun, tidak termasuk cukai, insurans dan opsyen penyesuaian dan tertakluk kepada jaminan pengeluar selama tiga tahun tanpa had perbatuan.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai spesifikasi terperinci mengenai Maserati Levante GT Hibrid 2023.

Ini dia perinciannya:


Untuk makluman anda, ia disumbat dengan enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan dengan sistem hibrid ringan Belt Start Generator (BSG) 48-voltan.

Maka, ia mampu menghamburkan kuasa setinggi  kuasa 330 hp @ 5,750 rpm dan tork 450 Nm.

Ia turut didatangkan dengan transmisi automatik ZF lapan kelajuan, serta sistem pacuan semua roda.


Jentera ini mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam enam saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 245 km/j.

Menerusi bantuan sistem mild-hybrid, ia dapat memberikan tujahan kuasa dengan mod Sport.


Lebih menarik, Levente GT hibrid ini menawarkan 20 peratus lebih penjimatan  sehingga 9.7 liter bagi 100 kilometer.

Menyentuh mengenai breknya, terdapat angkup omboh berkembar dan rotor 345 mm di hadapan, diikuti angkup omboh tunggal dan rotor 330 mm di bahagian belakang.


Sementara itu, sistem gantungannya dikatakan menggunakan double-wishbone di depan, sistem multilink five-arm di bahagian belakang, dibantu dengan unit penyerap hentakan Skyhook.


Bahagian Luaran 

Lampu utama matriks adaptif LED penuh

Aksen krom

Rim aloi bersaiz 20 inci

Ada skrin sentuh sebesar 8.4 inci

Tempat duduk kulit, trim Piano Black.


Menyentuh mengenai ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang merangkumi kawalan jelajah adaptif (fungsi berhenti & mula), kamera keliling, bantuan titik buta aktif, bantuan lebuh raya, bantuan pengekalan lorong, pengecaman papan tanda trafik, amaran pelanggaran hadapan dan bantuan menurun cerun.


Apa pula komen anda mengenai SUV ini?


Tinggalkan komen anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

Maserati Lavente
Naza Italia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

Grecale 2024: Ada Varian Murah, Mahal, Mana Satu Pilihan Anda?

Tempahan untuk Maserati Grecale 2024 kini boleh dibuat di bilik pameran Maserati yang terletak di Petaling Jaya.

24-07-2024
Kereta Baru

Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Maserati GranTurismo 2024 kini rasmi di Malaysia. Ini spesifikasinya...

06-03-2024
Kereta Baru

Maserati Spyder MC20 Cielo Tiba Di Malaysia – 630 HP, Dari RM1.2 Juta

Naza Italia secara rasminya telah membuat penghantaran Maserati Spyder MC20 Cielo yang pertama untuk pasaran Malaysia.

26-10-2023
Berita Auto

Ferrari Lantik Ital Auto Sebagai Pengedar Baharu Malaysia

Ferrari secara rasmi telah melantik Ital Auto Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar baharunya di Malaysia.

09-05-2023
Berita Auto

Sah: Naza Italia Digugurkan, Bukan Lagi Wakil Rasmi Ferrari Di Malaysia

Naza Italia Sdn Bhd (Naza Italia) kini digugurkan daripada menjadi wakil jenama Ferrari Malaysia yang rasmi.

08-03-2023
Kereta Baru

Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?

Naza Italia lancar Maserati Grecale GT 2023 sebentar tadi

03-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025