Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelan Tindakan TnG Tangani Isu Perkhidmatan Tidak Memuaskan KPDN

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Syarikat Touch 'n Go (TnG) akan meningkatkan pengeluaran kad TnG sehingga 3.5 juta tahun ini berbanding 2.68 juta yang dihasilkan tahun 2022 untuk menangani isu kekurangan kad. 


Ini merupakan salah satu inisiatif yang akan dilaksanakan syarikat tersebut dalam menyelesaikan beberapa isu yang telah dibangkitkan berkenaan perkhidmatan TnG




“Selain itu, syarikat TnG menghantar notifikasi kad tamat tempoh kepada pengguna TnG melalui aplikasi e-wallet termasuk e-mel pemakluman dihantar sebulan sebelum kad tamat tempoh.


“Bagi isu pemulangan dan bayaran balik baki kad, pihak TnG akan meneliti dan melaksanakan proses bayaran balik dengan segera kepada pengguna setelah syarikat konsesi melakukan siasatan, pengesahan dan kelulusan selain advokasi berkaitan fungsi kad visa TnG,” menurut kenyataan kementerian itu.




TnG juga akan mengedarkan notis kepada platform e-dagang agar menurunkan iklan jualan produk TnG secara tidak sah, selain menghantar kepada peruncit dan pengedar sah untuk menjual kad tersebut pada kadar yang telah ditetapkan dan hanya menjual satu kad kepada setiap pelanggan. 


Pelan tindakan untuk penambahbaikan segera yang dikemukakan TnG walau bagaimanapun masih tidak mencukupi, menurut  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


Oleh itu, pihak KPDN akan mengadakan sesi libat urus pada masa akan datang untuk mendapatkan perancangan tindakan yang lebih jelas dan terperinci terutamanya dari segi tempoh masa dan aktiviti yang akan dilaksanakan. 


Baca: KPDN Beri Touch 'n Go Tempoh 1 Minggu Untuk Menyediakan Pelan Tindakan Susulan, 8 Isu Ini Akan Diselesaikan

Tag:

TnG
Touch N GO
NFC
KPDN
kad NFC TnG
Visa TnG
isu Touch 'n Go
TNG E-wallet
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cara Guna Touch ’n Go Untuk Dapatkan Subsidi RON95 RM1.99/L

Orang ramai boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TnG) untuk menikmati subsidi, ini caranya...

26-09-2025
Teknologi
Berita Auto

Bayar Parkir Dengan TnG & Berpeluang Menang PS5!

Guna Touch 'n Go eWallet & boleh menang PS5. Kini, semakin banyak lokasi parkir menyokong sistem pembayaran ini!

06-07-2023
Berita Auto

"Jangan Beli Kad NFC Selain Melalui Saluran Rasmi." – Amaran Touch 'n Go

Pihak Touch ‘n Go menekankan bahawa kad tersebut hanya ditawarkan di lokasi terpilih dan platform tertentu.

13-01-2023
Berita Auto

Pengguna Bertuah RFID Menang 5.6 Juta Mata Ganjaran, Pin Tambah Nilai TnG RM14K!

Sempena kempen ‘Hari-Hari RFID’ anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS), sejumlah pengguna RFID menerima ganjaran.

29-07-2022
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Tol Tanpa Palang Bakal Jadi Realiti, STAR Systems & Touch 'n Go Mulakan Ujian

Projek Multi-Lane Fast Flow (MLFF) atau sistem tol tanpa palang kini sudah mula diuji di Plaza Tol Alam Impian di Lebuhraya Kesas (LKSA).

09-10-2025
Berita Auto

Cara Guna Touch ’n Go Untuk Dapatkan Subsidi RON95 RM1.99/L

Orang ramai boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TnG) untuk menikmati subsidi, ini caranya...

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026