Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemanduan Defensif Di Selekoh Menurun, Penyelamat Nyawa – MIROS

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Kemalangan di laluan turun Genting Highlands-Kuala Lumpur Rabu lalu

Rabu lalu, sebuah tragedi mengejutkan di mana tujuh nyawa melayang selepas sebuah van persiaran yang menggunakan laluan turun Genting Highlands-Kuala Lumpur terlibat dalam kemalangan sewaktu di selekoh. 


Punca kemalangan? Cara pengendalian kenderaan di selekoh yang tidak betul. 


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan itu menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan laluan menurun dan berselekoh dengan mengamalkan teknik pemanduan defensif.


Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Azhar Hamzah, berkata, pemanduan secara berhati-hati penting untuk memastikan jarak antara kenderaan adalah selamat dan teknik brek yang betul dapat diamalkan semasa menggunakan laluan yang berbahaya seperti ini. 


Gambar hiasan: Selekoh menurun


Beliau turut menegaskan kepentingan untuk melakukan penyelenggaraan kenderaan lebih-lebih lagi membabitkan bahagian penting seperti tayar dan brek. 


"Selain itu pengguna perlu sentiasa memakai topi keledar serta tali pinggang keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan teruk sekiranya berlaku nahas," katanya. 




Pengguna jalan juga diingatkan agar mematuhi peraturan jalan raya, “Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan, peka terhadap mesej keselamatan disampaikan di sepanjang laluan seperti amaran kawasan berselekoh, kewujudan ciri-ciri pengurangan kelajuan yang lain seperti bonggol laju, palang melintang serta cakna berkenaan penggunaan fasiliti seperti emergency escape ramp,” katanya.


Semoga tragedi yang berlaku baru-baru ini dapat menjadi iktibar untuk kita sentiasa berhati-hati semasa memandu. Ingatlah orang yang disayangi. 


Sumber: Berita Harian










Tag:

kemalangan
tips
kemalangan jalan raya
selekoh
nasihat
pemanduan defensif
tip
peraturan jalan raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026