Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sanggup Menyamar Jadi Polis Untuk Curi Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui


Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai anggota polis semata-mata untuk mencuri kereta pandu uji di sebuah pusat jualan kenderaan di Jalan Ampang.

Suspek dikatakan  ingin memandu uji sebuah kenderaan jenis Honda Civic FK8 Type R berwarna hitam.

Yakin dengan penampilan suspek itu, jurujual premis itu mengikuti suspek untuk melakukan pandu uji.

“Apabila sampai di sebuah stesen minyak di Pandan Jaya, pelanggan tersebut telah meminta pengadu (jurujual) untuk membelikan top up.

Sebaik sahaja pengadu turun dari kenderaan, suspek terus bertindak melarikan kenderaan dipandu uji dan kerugian dianggarkan berjumlah RM270,000," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis akhirnya telah membawa penangkapan kesemua suspek.

Selain individu yang menyamar polis, tiga suspek yang bersubahat dalam kegiatan juga telah diberkas. 


Dua orang suspek tidak bekerja, manakala seorang suspek adalah pekerja bengkel dan seorang lagi penjaja makanan.

Selain itu, polis turut merampas sepasang uniform operasi PDRM serta peralatan lain iaitu pelbagai resit, beberapa buah telefon bimbit serta beberapa peralatan lain untuk membantu siasatan. 

“Suspek sebenarnya mencuri kenderaan untuk dijual,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada orang ramai terutama penjual kenderaan mewah supaya tidak terpengaruh dengan modus operandi seperti ini dan mengambil berhati-hati sepanjang proses jual beli.

Bagaimanapun, jurujual itu bernasib baik kerana tidak diapa-apakan.


Gallery

Tag:

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Honda Civic FK8 Type R
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[FOTO] PDRM Guna Proton S70? Unit Sama Semasa Istiadat Pertabalan Agong Dikesan!

Semasa upacara diraja berlangsung, perhatian kami turut tertumpu kepada model kereta yang digunakan sebagai kenderaan pengiring.

25-07-2024
Berita Auto

Halang Konvoi Diiringi Polis? Boleh Kena Denda RM10K & Penjara 2 Tahun!

Parlimen Malaysia baru sahaja meluluskan beberapa pindaan terhadap Akta Polis 1967 (Akta 344).

22-03-2024
Berita Auto

Honda Civic Generasi Terkini Dikesan Dengan Logo PDRM Penuhi Treler

Honda Civic baharu dengan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan di jalan raya.

01-02-2024
Berita Auto

Jangan Sibuk Layari Media Sosial Ketika Memandu

PDRM menasihatkan orang ramai jangan layari media sosial ketika memandu.

26-04-2023
Berita Auto

VIDEO TULAR: Wanita Halang Kereta, Beraninya

Polis meminta wanita yang menghalang sebuah kereta Wira tampil membuat laporan polis.

24-04-2023
Berita Auto

PDRM Tawar Diskaun Saman, Cuma Bayar RM50? Biar Betul

Cuma bayar saman trafik RM50 untuk melangsaikan saman tertunggak.

19-04-2023
Berita Auto

JPJ Nak Pastikan Anda Pulang Dengan Selamat, Gigih JPJ Buat Kempen Untuk Korang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan Kempen Pulang Dengan Selamat Ke Kampung.MOT

12-04-2023
Berita Auto

Nak Ubah Suai Ekzos, Jangan Sampai Ragut Ketenteraman Awam

Sebanyak 13 Proton Wira disita kerana ekzos bising.

05-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026