- Berita
- Berita Auto
- Tahniah Perodua! Terima Penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP
Percaya atau tidak, Perodua Axia 2023 (D74A) telah menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 73.55 mata, baru-baru ini.
Keputusan ujian tersebut diumumkan di laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
Bagi yang tidak tahu mengenai bintang ASEAN NCAP, lazimnya ini beberapa yang akan dinilai:
• Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)
• Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP)
• Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT)
• Keselamatan Motosikal (MS)
Berdasarkan penilaian di atas, Axia 2023 telah memperolehi skor:
• Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 32.06 mata daripada 40.00 mata keseluruhan.
• Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - mencatat 17.03 mata daripada 20.00 mata keseluruhan.
• Keselamatan Motosikal (MS) - 8.75 mata daripada 20.00 mata keseluruhan.
• Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) - 15.71 mata daripada 20.00 mata keseluruhan.
Tahniah Perodua!
Gallery





Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/