Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bentley Bentayga EWB Azure - Harga RM1.09 Juta, Kuasa 542 Hp, 770 Nm

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bentley Kuala Lumpur buat julung kalinya mendedahkan jentera terbaharunya, Bentayga Extended Wheelbase (EWB) Azure di ibu negara sebentar tadi. 

Ia dijual pada harga bermula RM1,09 juta namun harga ini tidak termasuk cukai, insurans dan pendaftaran.

Untuk makluman, jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 4.0 liter turbo berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 542 hp dan tork 770 Nm.


Maka tidak hairanlah, ia mampu memecut dari  0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam  4.6 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 290 km/j.

Menurut Bentley Malaysia,  Bentayga EWB ini memiliki ukuran jarak antara roda 180 mm lebih panjang (3,175 mm) sekali gus menjadikan dimensi panjang sebenar bertambah kepada 5,322 mm.  

Ia juga hadir dengan jarak antara roda yang lebih panjang,

Selain ukuran panjangnya, EWB Azure menawarkan ruang yang cukup luas dan selesa manakala ruang kakinya juga agak besar.


Menjengah bahagian dalamannya,  tempat duduk Bentley Airline Seat hadir dengan larasan 22 cara, terdapat  sistem kawalan iklim automatik, dan teknologi pelarasan postur badan automatik di bahagian belakang.

Pendek kata, semua ruang itu diberikan kepada ruang kabin belakang yang meningkatkan lagi aspek kemewahannya. 

Bukan itu sahaja, Bentley turut memasang tempat duduk paling selesa yang dikenali sebagai Bentley Airline Seat. Kerusi itu boleh dilaras seperti menyandar sehingga 40 darjah menerusi skrin sentuh boleh alih yang dilengkapi teknologi pengesan suhu. 


Apapun, penulis cukup tertarik dengan pencahayaan pada trim pintu Bentley Diamond Illumination.

Apa yang cukup menarik terdapat 24 bilion kombinasi trim yang boleh dipilih.


Menyentuh mengenai ciri keselamatan, ia didatangkan Touring Specification selain Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Lorong, sistem penglihatan waktu malam dan paparan Head-Up.

Jika anda berminat dengan jentera mewah ini, ia sudah pun dibuka untuk tempahan.

Apa pula pandangan anda?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen ini!


Tag:

EWB AZURE
Bentley Bentayga
Bentley Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Berita Auto

Bentley Bentaygas Ada Sistem Pengesan Haiwan & Pandangan Malam Tercanggih, Ini Cara Ia Berfungsi

Dimuatkan dalam hampir dua pertiga kereta pelanggan ialah sebuah teknologi keselamatan terbaharu daripada Bentley untuk Bentayga.

07-02-2022
Kereta Baru

Mantap Dari Segi Rekaan & Prestasi: Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Bentley Bentayga S

Bentley memperkenalkan Bentayga S sebagai varian terbaharu 'keluarga' Bentayga.

25-08-2021
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru

Bentley Continental GT Azure Kini Di Malaysia – Dari RM2.976 Juta

Bentley Kuala Lumpur (Wearnes Quest Sdn Bhd) telah menyambut kedatangan Bentley Continental GT Azure. Ini spesifikasinya...

30-04-2024
Berita Auto

Bentley Continental GT S 2023, Harga Boleh Tahan

Selain Bentayga Extended Wheelbase (EWB) Azure, Bentley Malaysia turut melancarkan sebuah lagi jentera mewahnya, Continental GT S 2023.

14-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026