Link Copiedcheck_circle
EV

Dasar Khusus Babitkan EV Sedang Dirangka Oleh Jawatankuasa Khas – MITI

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Dasar khusus berkaitan kenderaan elektrik (EV) kini sedang dirangka Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong, berkata, jawatankuasa khas EV di bawah MITI akan merangka dasar tersebut yang dilihat penting untuk mempercepatkan pertumbuhan elektrifikasi negara. 




Selain itu, jawatankuasa sama turut ditugaskan untuk menguruskan pelbagai aspek lain industri EV seperti meneliti pengeluar, pengimport dan jenama yang boleh diberi peluang bagi pasaran domestik.


Tambahnya lagi, tanggungjawab lain pasukan ini ialah untuk memantau perkara membabitkan stesen pengecasan (kenderaan EV) serta rangkaian elektrik dan elektronik (E&E) dengan pengeluar EV.


Semasa berucap di parlimen baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa kerajaan memerlukan sedikit masa untuk menggariskan masa depan EV. 


Bercakap mengenai penghasilan EV di dalam negara, usaha ini dijangka dapat dilakukan dalam tempoh dua tahun lagi. 




“Dari segi harga pengeluaran dan kereta, memang ia akan menyaksikan perubahan sangat besar, membabitkan aspek persaingan serta perubahan daripada kenderaan enjin konvensional kepada EV,” tambahnya.


Keputusan kerajaan untuk memberikan pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV) seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2022 berjaya menggalakkan lebih ramai beralih kepada EV, namun dasar khusus masih diperlukan supaya garis panduan membabitkan industri EV lebih jelas.

Tag:

Kenderaan Elektrik
Pengecas EV
dasar khusus EV
MITI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Liew Chin Tong
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-06-2024
EV

26-03-2024
Berita Auto

23-02-2024
Gaya Hidup

08-01-2024
EV

30-11-2023
EV

29-11-2023
Berita Auto

13-04-2023
Berita Auto

12-04-2023

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025