Link Copiedcheck_circle
EV

GWM Malaysia & MITI Berkolaborasi, ORA GOOD CAT 500 Ultra Digunakan Untuk Kajian Pengangkutan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Presiden Great Wall Motor ASEAN, Elliot Zhang, bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak bersama ORA GOOD CAT di hadapan Menara MITI


Sebuah ORA GOOD CAT 500 Ultra akan digunakan dalam beberapa siri pandu uji kenderaan elektrik (EV) yang akan dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk tempoh beberapa bulan akan datang. 


Model elektrik tersebut telah disampaikan oleh Presiden Great Wall Motor ASEAN, Elliot Zhang, kepada  Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak.



Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak di dalam kabin ORA GOOD CAT


Usaha ini membuktikan komitmen GWM Malaysia untuk menggalakkan pembangunan pengangkutan mampan dengan memberikan sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam mencapai misi menjadi sebuah negara bebas karbon menjelang tahun 2054. 


ORA GOOD CAT


Syarikat tersebut telah merangka strategi tempatan dengan matlamat untuk membantu peralihan negara daripada kenderaan tenaga bahan api kepada kenderaan yang lebih cekap tenaga, melalui perancangan yang lebih besar iaitu untuk melancarkan lebih banyak model elektrik hibrid, elektrik hibrid plug-in dan elektrik sel bahan api untuk pasaran Malaysia. 


Baca: ORA Good Cat Masuk Malaysia, Ada 2 Varian



GWM Malaysia turut memiliki aspirasi untuk menyediakan infrastruktur pengecas EV yang lebih mudah. Untuk ini, syarikat akan mewujudkan rangkaian stesen pengecas EV yang mudah untuk diakses sekaligus dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap ketersediaan pengecas EV.


Baca: Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB


Kerjasama antara GWM dan kerajaan Malaysia adalah contoh jelas yang menunjukkan bagaimana kolaborasi antara sektor swasta dan awam dapat memacu pertumbuhan dan menggalakkan peralihan ke arah penggunaan pengangkutan yang lebih mesra alam.

Gallery

Tag:

ORA Good Cat
Ora Good Cat
GWM Ora Good Cat
Great Wall Motor ASEAN
Elliot Zhang
kenderaan elektrik (EV)
ORA Good Cat 500 Ultra
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
MITI
Kereta Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober

Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.

02-10-2024
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Pertama, Ada Rebat Untuk Beli Ora Good Cat

GWM) Malaysia meraikan ulang tahun yang pertamanya di pasaran Malaysia dengan menawarkan rebat istimewa.

03-11-2023
EV

Ada Berita Baik Siapa Nak Beli Ora Good Cat

GWM Malaysia memperkenalkan Pelan Penukaran Mudah daripada ICEkepada kereta elektrik EV,

01-09-2023
Pandu Uji

EV Mampu Milik Tapi Nampak Macam Kereta Beetle

Pandu Uji Ora Good Cat: EV mampu milik tapi gaya meletup kebabom!

01-06-2023
EV

Ora Good Cat, Ada Warna Baharu

Ora Good Cat kini hadir dengan warna baharu.

19-05-2023
EV

Ini Dia SUV GWM Ora 5 Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia

GWM mendedahhkan SUV elektrik terbaharunya, GWM Ora 5 di China, baru-baru ini.

29-09-2025
EV

Ora Good Cat GT Sah Masuk Malaysia – EV Comel Kini Garang!

GWM Malaysia telah mengesahkan bahawa versi lebih garang dan sporty bagi model hatchback elektrik, Ora Good Cat GT, akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

18-04-2025
Berita Auto

GWM Malaysia Tawar Hadiah Hingga RM200K, Potongan Harga RM25K & Banyak Lagi!

Jangan lepaskan peluang ini! Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai tawaran istimewa, baucar dan hadiah cabutan bertuah.

21-11-2024

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026