Link Copiedcheck_circle
EV

GWM Serah Ora Good Cat Kepada Tengku Zafrul Untuk Pandu Uji EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Great Wall Motor Malaysia telah menyerahkan sebuah kenderaan elektrik (EV), ORA GOOD CAT kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, semalam.

EV tersebut diserahkan untuk tujuan pandu uji lanjutan yang membolehkan jabatan berkaitan di bawah MITI mengkaji corak penggunaan harian EV. Inisiatif ini dijalankan dengan tujuan untuk mempercepatkan pembangunan EV selaras dengan keutamaan semasa. 

ORA GOOD CAT sewaktu pelancarannya di Malaysia

Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasarkan untuk menarik pelaburan EV sebanyak RM20 bilion menjelang 2025 untuk mendorong pasaran EV. 

Sebagai sebuah hab pengeluaran peralatan elektrik dan elektronik ASEAN, Malaysia memiliki tenaga kerja yang berkualiti, dasar NAP yang menyokong industri dan ekosistem EV sedia ada. Ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran yang ideal bagi pembangunan industri EV yang mampan. 

Kabin ORA GOOD CAT

Great Wall Motor Malaysia, dengan EV keluaran syarikatnya, ORA GOOD CAT, komited menyokong usaha kerajaan untuk menjadi sebuah negara bebas karbon. 

Tengku Zafrul berkata, “Industri EV perlu dipandang secara holistik, termasuk faktor seperti perisian, teknikal, kelengkapan, kejuruteraan dan sebagainya, kerana ia memainkan peranan penting untuk mencapai sasaran sifar pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050.”

Kenyataan itu disokong oleh Presiden Great Wall Motor Rantai ASEAN,  Elliot Zhang yang berkata, “Saya menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Tengku Zafrul mengenai potensi membina asas EV yang kukuh di negara-negara ASEAN dan khususnya di Malaysia untuk mengukuhkan rangkaian EV.”


Tambahnya lagi, kerjasama strategik dengan kerajaan Malaysia dapat membantu mempercepatkan penggunaan pengangkutan yang mampan di rantau ini. GWM mengumumkan komitmennya untuk mempromosikan penyelesaian mobiliti mampan di Malaysia dan bersedia untuk melakukan kolaborasi dengan kerajaan dalam memperkenalkan kenderaan yang lebih mesra alam ke dalam pasaran. 





Tag:

MITI
Great Wall Motor Malaysia
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz
Tengku Zafrul
Ora Good Cat
GWM Ora Good Cat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
Berita Auto

MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu

Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.

21-01-2026
Berita Auto

Gempar: MITI Perketat Syarat Import EV CBU 2026! Harga Wajib Lebih RM250K!

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dilaporkan baru sahaja mengemaskini syarat bagi syarikat AP Francais yang ingin membawa masuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Januari 2026.

31-12-2025
EV

Kerajaan Akhirnya Perkenal Passport Bateri Untuk EV

Kerajaan akhirnya memperkenalkan standard pasport bateri kenderaan elektrik yang pertama di ASEAN, baru-baru ini.

17-11-2025
EV

MITI Dedah 5,149 Pengecas EV Sudah Dipasang Setakat 30 Sept

Walaupun jumlah keseluruhan pengecas EV awam masih belum mencapai sasaran, jumlah bagi pengecas jenis DC telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 114 peratus.

31-10-2025
Berita Auto

Pasukan Khas Baharu Ditubuhkan Untuk Majukan EV Malaysia

Usaha untuk membangunkan sektor EV negara diteruskan dengan penubuhan Pasukan Khas Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSSTF).

10-01-2024
EV

Chery Malaysia Serahkan EV Omoda E5 Kepada MITI

Chery Malaysia baru-baru ini telah membuat penyerahan model EV terbaru, Chery Omoda E5 EV, kepada MITI.

29-11-2023

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026