Link Copiedcheck_circle
Global

Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan  laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022. Laporan tersebut menunjukkan Lamborghini meraih pendapatan sebanyak 2.56 bilion euro (RM12.2 bilion), peningkatan sebanyak 22% berbanding tahun 2021. Sementara itu, keuntungan operasi syarikat pula ialah 661.19 juta euro (RM3.2 bilion), peningkatan sebanyak 56% berbanding tahun sebelumnya. 


Awal tahun ini, Lamborghini mengumumkan syarikatnya telah membuat penghantaran sebanyak 9,233 unit kenderaan sepanjang tahun 2022, lebih 10% berbanding tahun 2021. Jumlah ini adalah termasuk model terlaris syarikat iaitu Urus dengan jualan 5,367 unit, Huracan 3,113 unit dan Aventador 753 unit.




Pada tahun 2021, Amerika Syarikat merupakan pasaran terbesar Lamborghini dengan  2,721 unit serahan telah dibuat. Sementara itu, China, Hong Kong dan Macau pula pasaran kedua terbesar dengan jualan 1,018 unit kenderaan. Akhir sekali, Jerman di tempat ketiga dengan 808 unit. 




“Kami memiliki peluang untuk memberi tumpuan kepada objektif seterusnya kerana dibantu oleh senarai menunggu 18 bulan, yang bermaksud kami boleh merancang sasaran masa depan dengan lebih yakin. Inilah saat keemasan bagi Lamborghini: kami telah mencipta sejarah walaupun dalam masa yang sama masih mengejar pertumbuhan,” ujar Ketua Pegawai Operasi Lamborghini, Stephan Winkelmann.




Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Kewangan Lamborghini, Paolo Poma berkata, “Situasi ekonomi dan geopolitik beberapa tahun kebelakangan ini agak mencabar, tetapi kami berjaya membuktikan ketahanan dan kemampuan kami untuk mencapai kedudukan ekonomi dan kewangan yang cemerlang. 




“2022 adalah tahun terbaik kami dalam semua bidang kewangan dan perniagaan. Ini bermakna kami boleh melihat pertumbuhan syarikat pada masa akan datang secara optimistik,” tambahnya.






Tag:

Lamborghini Urus
Urus
laporan kewangan
Lamborghini Aventador
Lamborghini Huracan
Kereta Sport
sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Global

25-04-2024
Global

22-03-2024
Global

17-01-2024
Global

13-12-2023
Global

08-07-2023
Global

06-07-2023
EV

31-03-2023

Berita Terkini

Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025