- Berita
- Berita Auto
- Letak Vest "Polis", PDRM Buru Pemilik Kereta, Perakam Gambar

Ingat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan tanpa mengira status pihak terbabit.
Ini berikutan kecoh di Facebook apabila seorang pemilik kereta Proton Saga meletakkan kenderaannya itu secara berlapis dan apa yang pelik dia turut meninggalkan vest “POLIS” di hadapan papan pemuka.
Apa yang cukup menimbulkan kemarahan ialah apabila pemilik kenderaan berkenaan tidak meninggalkan sebarang nombor telefon untuk dihubungi.

Kejadian itu dirakam di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh.
Untuk itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan meminta individu yang merakam kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.
“Polis sedang mengesan individu yang merakam gambar itu bagi membantu mengenal pasti pemilik kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Menjengah ruangan komen di Facebook, rata-rata netizen meluahkan komen tidak berpuas hati.
“Dia sengaja letak jaket untuk bagitahu dia polis, tu berkuasa. Tengok cara dia lipat jaket. Ini Malaysia bro,” tulis seorang individu yang dikenali sebagai Necro.
Apapun, jangan membuat sebarang spekulasi sehinggalah PDRM selesai menjalankan siasatan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/