Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz Malaysia Tayang Imej Teaser GLC

Suhana Veru

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sudah mula memberi bayangan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model kenderaan utiliti sukan secara rasminya pada minggu hadapan.

Ia berikutan sekeping imej teaser disiarkan di Instagram rasmi MBM semalam.

Bagaimanapun, gambar yang gelap itu cuma menayangkan lampu hadapan kereta bernyala dan berlatar belakang bukit-bukau dengan panaroma gurun berpasir gersang.

Malah, turut tertera perkataan “Ready For It, Visit Plaza Arakdia, Desa Parkcity, 8&9 April | 10AM-8PM.


Melihat kepada beberapa petunjuk, kami menjangkakan bahawa MBM berkemungkinan besar akan melancarkan model GLC dengan nama kod X254.

Ia dikatakan bakal menggantikan model X253 yang dilancarkan sejak tahun 2016.

GLC baharu ini sudah pun membuat debut globalnya pada tahun lepas. Ia dikatakan akan didatangkan dengan beberapa trenkuasa elektrik untuk semua pasaran di seluruh dunia.


Ini termasuk hibrid ringan (MHEV), serta varian hibrid plug-in (PHEV).

Kedua-duanya dipadankan bersama enjin petrol turbo 2.0L namun menghamburkan ouput berbeza bergantung kepada trimnya.


Bercakap mengenai variannya, GLC berkuasa petrol ini didatangkan secara standard dalam varian GLC200 4Matic dan spesifikasi yang lebih tinggi pula ialah  GLC300 4Matic.

Bagi versi MHEV, ia menggunakan sistem 48 volt.

Sementara itu, model GLC200 dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 204 hp dan tork 320 Nm dan varian GLC300 pula menghasilkan kuasa 258 hp dan tork 400 Nm.

Bagi trenkuasa PHEV, GLC akan dilengkapi dengan pek bateri 31.2-kWj yang memberikan perjalanan sehingga 117 kilometer.

Sementara untuk GLC 300e 4Matic, ia dipadankan bersama enjin diesel turbo 2.0L. Kuasa bagi varian PHEV ini adalah antara 313 hp hingga 335 hp dan 550 Nm hingga 750 Nm. 


Kesemua varian GLC baharu ini menggunakan transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic dan pacuan semua roda.

Selain itu, GLC400e 4Matic yang berspesifikasi tinggi berkongsi enjin 2.0 liter yang telah disesuaikan dengan GLC300 4Matic MHEV, dimana ia menggunakan tetapan motor tunggal yang sama untuk memberikan jumlah keluaran kuasan sebanyak 381 hp dan 650 Nm.

Sama seperti GLC300e, varian tertinggi ini juga mempunyai julat EV maksimum sehingga  117 km.

Berkenaan saiz, ada bahagian yang bertambah, dan ada yang berkurang, dengan panjang kini menjadi 4,716 mm.

Ruang butnya juga dikatakan lebih besar berbanding model lama iaitu 620 liter.


Dikhabarkan, reka bentuk lampu depan dan lampu belakangnya juga agak  serba baharu termasuk gril hadapan dan kemasan bodykit.

Menurut MBM, model baharu itu akan dilancarkan pada awal April ini manakala slot pandu uji akan dibuka kepada umum bermula 8 hingga 9 April 2023 di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur.

Gallery

Tag:

MERCEDESBENZ
Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes-Benz GLC
Mercedes-Benz GLC300e 4MATIC Coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-07-2025
EV

28-11-2024
Kereta Baru

18-06-2024
Kereta Baru

23-05-2024
Kereta Baru

29-04-2024
Pandu Uji

27-04-2024
Kereta Baru

04-04-2024
Kereta Baru

03-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026