Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PUSPAKOM Bukan Lagi Penyedia Tunggal Untuk Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jika sebelum ini, orang ramai perlu membawa kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk melakukan pemeriksaan berkala namun monopoli syarikat itu akan berakhir pada tahun hadapan.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Untuk itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berkelayakan untuk menjadi penyedia perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor.

“Pelawaan itu dibuat berikutan konsesi Puspakom Sdn Bhd akan tamat tempoh pada 31 Ogos tahun depan.

“Ketetapan ini bermakna Puspakom tidak lagi menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September 2024.


Sementara itu, ketika ditanya adakah akan ada beberapa atau lebih dari dua pengendali perkhidmatan itu, Anthony berkata, ia belum ditetapkan.

"Selepas konsesi ini tamat tiada lagi monopoli, boleh jadi ada dua atau lebih syarikat,” tambahnya.

Keputusan itu adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidamatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat.


Bagaimanapun, kali ini MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan akan menetapkan beberapa syarat;

Syarat kelayakan 

Peraturan pengoperasian

Skop perkhidmatan

Penetapan lokasi pemeriksaan

Garis panduan pihak-pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor

Apapun, kerajaan tetap melanjutkan perjanjian konsesi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selama 15 tahun lagi berkuatkuasa 1 September 2024 dengan penambahbaikan terma-terma perjanjian sedia ada.

Gallery

Tag:

Pusapakom
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto