Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pembeli Ford Ranger XL, XLT

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, menawarkan pakej servis percuma selama dua tahun kepada pelanggan baharu Ford Ranger XL Double Cab (varian Automatik dan Manual) dan XLT generasi baharu.

Tawaran itu diberikan sempena Hari Raya Aidilfitri dan  ulang tahun SDAC yang ke-15. Bagaimanapun, kempen raya ini telah berlangsung sejak  1 April lalu dan akan berakhir pada 31 Mei nanti.

Ia hanya tersedia untuk jumlah unit terhad bagi kedua-dua model itu serta untuk mereka yang membeli paling awal.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya berbangga untuk meraikan ulang tahun SDAC.ke-15 itu.

Ford adalah syarikat keluarga, untuk itu, kami di SDAC turut komited untuk memastikan pelanggan kami berasa seperti sebuah keluarga.

Kami ucapkan selamat balik kampung dan pandu cermat kepada semua pelanggan Muslim menjelang Hari Raya ini. Kepada semua yang akan melakukan perjalanan jauh ketika musim cuti ini, pandu cermat di jalan raya, apa yang penting servis kereta anda sebelum memulakan perjalanan, katanya dalam satu kenyataan.


Untuk info, Ranger XL Double Cab (AT dan MT) serta Ranger XLT generasi baharu dikuasakan oleh enjin Ford 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan kuasa maksimum 170 PS dan tork maksimum 405 Nm.

Sebelum ini, hanya Ranger Raptor yang menawarkan pilihan mod pemanduan. Kini, kedua-dua model generasi baharu ini datang standard dengan empat mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.


Kedua-dua model  menampilkan rekaan gril baharu dan lampu utama bentuk C di depan, selain jarak roda dipertingkatkan kepada 50mm.


Antara kelengkapan lain, model berkenaan dilengkapi dengan skrin sentuh 10.1-inci serta Ford SYNC® 4A dan panel instrumen digital lapan-inci dengan tetapan boleh ubah.


Ranger XLT generasi baharu dijual pada harga RM129,8882 di Semenanjung dan RM135,388 untuk Sabah dan Sarawak.

Ranger XL Double Cab Manual pula dijual pada harga RM108,888 di Semenanjung Malaysia danmRM114,888 untuk Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, varian automatiknya dijual pada harga RM113,888 di Semenanjung dan RM119,588 untuk Sabah dan Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.my.


Tag:

Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
SDAC Ford
Ford Ranger XL
Ranger XLT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.

04-02-2025
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Gaya Hidup

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024
Berita Auto

PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.

12-03-2024
Gaya Hidup

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.

26-02-2024
Berita Auto

Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.

06-12-2023
Pandu Uji

Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam

Berminat untuk membeli Ford Ranger Platinum, baca artikel ini.

18-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026