Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Hikmah Kereta Terlanggar Tol, Rupanya Semua Dah Pengsan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gara-gara keracunan oksigen penghawa dingin kereta, empat beranak nyaris maut namun ada hikmahnya, kereta yang dinaiki mereka  melanggar pintu tol Bentong, Pahang semalam.

Sejurus insiden itu, orang awam yang mendekati kenderaan itu terkejut besar apabila kesemua empat sekeluarga itu rupa-rupanya sudah tidak menyedarkan diri.

Tindakan pantas menghubungi pasukan penyelamat  akhirnya telah menyelamatkan nyawa empat sekeluarga itu.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Dipercayai semua empat mangsa, seorang lelaki, wanita dan dua kanak-kanak telah pengsan. Semua mangsa dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong, Selangor.

"Hasil pemeriksaan doktor mendapati semua mangsa kekurangan oksigen, tindakan pantas itu dapat menyelamatkan empat nyawa," katanya.


Sementara itu, anak sulung mangsa melalui laman Facebook, "Syafid Mok", memaklumkan semua ahli keluarganya yang terbabit dalam kejadian itu sudah kembali sedar.

"Punca pengsan dipercayai disebabkan keracunan oksigen penghawa dingin kenderaan," katanya.


Di sebalik kejadian ini, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana penghawa dingin kereta boleh menjadi racun?

Menurut Pusat Racun Negara, gas penyejuk adalah bahan kimia berbentuk gas yang digunakan dalam proses penyejukan udara.

Misalnya,  sistem penghawa dingin di rumah dan di dalam kereta. Untuk sesuatu bahan kimia digunakan sebagai bahan penyejuk, ia perlu memiliki sifat fizikal, sifat kimia dan termodinamik tertentu yang menjadikannya selamat dan ekonomik untuk digunakan sebagai penyejuk. 

"Terdapat beberapa jenis gas yang pernah digunakan termasuklah daripada kumpulan Chlorofluorocarbon (CFC), Hydrochlorofluorocarbon (HCFC) dan Hydrofluorocarbon (HFC).

"Jika berlaku kebocoran dalam sistem penghawa dingin, gas penyejuk ini mungkin akan terbebas dan terdedah kepada manusia,” katanya di Facebook.


Untuk makluman,  CFC, HCFC dan HFC mempunyai kesan kesihatan yang lebih kurang sama. 

Jika terhidu dalam kepekatan yang rendah dan dalam jangka masa yang singkat, ia boleh mengakibatkan kerengsaan (iritasi) pada saluran pernafasan, batuk dan sakit tekak.


Pendedahan yang lama boleh mengakibatkan sakit kepala, pening kepala dan loya. Jika terhidu dalam kepekatan yang tinggi, terutamanya jika kebocoran berlaku dalam tempat yang tertutup, ia boleh menyebabkan koma, kesukaran pernafasan yang teruk dan akhirnya kematian boleh berlaku. 


Kebanyakan kes keracunan yang berlaku melibatkan pekerja pemasangan penghawa dingin yang terdedah kepada gas tersebut apabila berlaku insiden kebocoran gas. 


Mungkin kita biasa mendengar kes-kes kematian akibat tertidur di dalam kenderaan dengan penghawa dingin dipasang; perlu dibezakan bahawa kebiasaannya kes ini berpunca daripada pendedahan karbon monoksida akibat kebocoran ekzos kenderaan.

Apapun, pastikan anda selenggara kereta sebelum memulakan perjalanan jauh.

Gallery

Tag:

tol bentong
Proton Exora
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sesak: Cepatnya Balik KL!

Tular kesesakan di tol Bentong, Pahang semalam.

12-04-2024
Berita Auto

Apa Pula Kata Orang Pantai Timur?

Hapuskan tol di Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya tersebut.

04-03-2024
Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.

15-09-2025
Berita Auto

Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.

11-09-2025
Berita Auto

Siling Stesen Minyak Runtuh, Mujur Tiada Yang Terkorban

Struktur siling sebuah stesen minyak di Bukit Garam, dilapor runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang.

15-10-2024
Berita Auto

Proton Saga Paling Laris Di M'sia

Proton Saga tetap laku keras di Malaysia.

22-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026