Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bertuah Betul Siapa Beli Axia, Bezza! Ini Sebabnya..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selepas Proton melancarkan Kempen Servis Rahmah, Perodua pula memperkenalkan Pakej Servis Auto Rahmah 2023.

Sebaliknya, pakej Perodua ini hanya ditawarkan kepada pemilik kereta Axia dan Bezza yang bertujuan untuk mengurangkan impak kenaikan harga barangan kepada para pemilik Perodua.


Nampaknya, pemilik kereta Axia dan Bezza agak bertuah memandangkan pakej kha situ menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk jumlah keseluruhan di dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh.

Apa yang cukup menarik, kempen ini sudah pun bermula sejak semalam dan akan berakhir pada 15 Mei depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pakej itu hanya khusus untuk pelanggan Axia dan Bezza.


“Pakej ini ditawarkan bagi membantu mereka selain mengurangkan kos sara hidup pemilik Axia dan Bezza.


“Axia dan Bezza adalah model kami yang paling popular dan digunakan secara meluas sebagai mod pengangkutan utama oleh para pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan,

Untuk itu, katanya, Perodua mahu memastikan usaha yang dibuat dapat dinikmati oleh golongan sasar dan memberikan ketenangan semasa memandu.

“Ini lebih penting dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kerana kebanyakan pemilik kenderaan merancang untuk melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang.

“Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah,” tambahnya.


Gallery

Tag:

Perodua Axia
Perodua Bezza
Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

Sebuah Perodua Axia tular di media sosial apabila si pemandunya mengangkut pelbagai jenis barang yang diikat pada bumbung kenderaan itu.

21-05-2025
Berita Auto

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026