Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Seagull, EV Sekecil Axia Ini Boleh Capai Jarak 405KM Dengan Cas Penuh

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Baru-baru ini, BYD China telah mendedahkan imej rasmi kenderaan elektrik (EV) kompak keluaran syarikatnya, BYD Seagull.  


EV ini dibina berdasarkan platform elektrik atau e-platform 3.0 dengan motor 74 hp atau 100 hp yang dikuasakan oleh bateri LFP Blade. Terdapat laporan yang mengatakan Seagull merupakan EV pertama daripada BYD yang akan menggunakan bateri jenis sodium-ion.




BYD Seagull yang dijual pada harga antara AS$11,600 (kira-kira RM51,200) ke AS$15,600 (kira-kira RM69,000) itu boleh mencapai kelajuan tertinggi 130 km/j dengan jarak perjalanan maksimum 405 km (CLTC). 


Dari segi dimensi, BYD Seagull merupakan salah satu model dalam BYD Ocean Series dengan ukuran 3780 mm (panjang), 1715 mm (lebar), 1540 mm (tinggi) dan jarak antara roda 2500 mm. 




Memiliki gaya badan hatchback dan dapat memuatkan empat penumpang, saiz BYD Seagull hampir menyamai Perodua Axia.




Berdasarkan laporan oleh CarNewsChina, BYD Seagull akan ditawarkan dalam dua pilihan bateri iaitu sama ada bateri 30kWh dengan jarak perjalanan 305 km atau  38kWh dengan jarak perjalanan 405 km. 


BYD Seagull dilaporkan akan didedahkan secara rasmi semasa Shanghai Auto Show pada 18 April, 2023. 



Tag:

BYD
BYD Seagull
Seagull
Kereta Elektrik
Kenderaan Elektrik
Hatchback Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
Gaya Hidup

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Global

BYD Sealion 5 DM-i PHEV Dilancarkan Tetapi Bukan Di Malaysia

BYD Sealion 5 DM-i baharu kini membuat kemunculan sulungnya di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kedua, apabila SUV hibrid plug-in (PHEV) ini secara rasmi dilancarkan di United Kingdom.

15-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

BYD Atto 2 DM-i PHEV Didedah, Boleh Gerak Sehingga 1,000KM, Ada Kemungkinan Masuk Malaysia

BYD Atto 2 DM-i yang merupakan SUV crossover plug-in hybrid (PHEV) membuat penampilan pertamanya di Eropah, baru-baru ini.

25-11-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026