Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Main-Main Kalau Nak Masuk Thailand

Suhana Veru

Kongsi melalui


Anda suka bercuti ke Thailand dengan menaiki kereta? Jika ya, ini yang anda patut lakukan.

Pastikan, anda mengambil perlindungan insurans penuh memandangkan kos rawatan di hospital di negara itu dikatakan sangat tinggi.

Itu kata Aktivis Malaysia yang menetap di Satun, Thailand, Abdul Halim Othman.

Ujarnya, perkara itu tidak boleh dipandang ringan disebabkan prosedur berkaitan urusan untuk menyelesaikan kes kemalangan adalah rumit berikutan masalah komunikasi selain kos rawatan yang tinggi.

Apa yang mendukacitakan ialah kebanyakan rakyat Malaysia dilihat tidak memiliki insurans penuh Ketika berkunjung ke Thailand.


“Insurans ini seolah-olah 'peguam' yang akan menjadi penyelamat kepada kita. Kalau tidak berlaku apa-apa tidak mengapa, tapi kalau jadi (kemalangan) tanpa insurans lengkap, susah kita nanti. Jadi perlu beringat sebelum ia betul-betul berlaku,” katanya kepada Bernama.

Untuk makluman, terdapat empat jenis insurans jika anda mahu ke Thailand iaitu:

1. Insurans Wajib (CI)

2. Insurans Perjalanan (TI)

3. Insurans Sukarela (VI) 

4. Extension 101 Insurance" (E101)

Berikut penjelasan setiap insurans:

CI - Insurans syarat sah untuk memasuki Thailand dan ramai rakyat Malaysia kita cuma mengambil insurans berkenaan sahaja sedangkan kos untuk membiayai perubatan adalah tinggi.

VI - Membayar ganti rugi kepada pihak yang terlibat dengan kemalangan.

E101 – Membayar ganti rugi kenderaan rakyat Malaysia yang terlibat kemalangan.


Abdul Halim yang popular dengan panggilan Cikgu Joe Satun yang membantu puluhan rakyat Malaysia yang terlibat dengan nahas jalan raya di negara itu sejak 2011 berkata perkara itu dilakukan secara sukarela tanpa mengambil sebarang upah.

"Isteri saya yang berasal dari Satun boleh berkomunikasi bahasa Thai dan Melayu, jadi beliau akan menjadi pemudah cara untuk berurusan dengan pihak berkuasa atau mangsa kemalangan rakyat Thailand,”katanya.

Sementara itu, Azizan Ishak, 62 yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal di Thailand pada 2019 sehingga patah pergelangan tangan kedua-duanya berkata kejadian itu menjadi pengajaran berguna bagi dirinya.


Ketika itu, beliau hanya membeli insurans asas CI dengan harga RM15 untuk perlindungan selama seminggu bagi membolehkannya menunggang motosikal di Thailand.

"Kejadian kemalangan itu berlaku ketika saya dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Phuket. 


“Urusan untuk menyelesaikan kes itu termasuk kos perubatan, pengangkutan dan ganti rugi mencecah RM8,000 secara tunai mujur ada Abdul Halim, perbelanjaan dapat dikurang RM3,000 sahaja,”ujarnya.

Jadikan kes ini sebagai iktibar bagi yang gemar keluar, masuk ke Thailand. Pastikan, anda membeli insurans penuh sebelum masuk ke negara jiran ini!

Kongsikan pula pendapat anda!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026