Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kempen #AudiOnTheMove: Audi Tawar Diskaun Pembaikan Hingga 30%

Sofea Najmi

Kongsi melalui



PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan kempen pasca jualan  #AudiOnTheMove supaya pengguna Audi dapat menggunakan kenderaan dengan tenang sepanjang musim cuti akan datang. 


KEMPEN #AUDIONTHEMOVE


Melalui kempen #AudiOnTheMove pengguna menerima manfaat daripada dua program iaitu Pakej Pembaikan Audi untuk kenderaan berusia enam tahun dan ke atas, serta Audi Plus untuk kenderaan lima tahun dan ke atas. 


Pakej Pembaikan Audi kini menawarkan pelanggan diskaun sebanyak 30% bagi beberapa alat ganti termasuk brek, penyerap hentak, bearing dan tali sawat pemasaan.




Sementara itu,  Audi Plus pula menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi tiga khidmat pakej penyelenggaraan yang seterusnya. Tawaran ini sah dalam tempoh 3 tahun selepas pendaftaran. 


Selain itu, pelanggan turut menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan Audi di seluruh negara sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar.


Jangan lepaskan peluang! Kerana sekiranya anda berbelanja sekurang-kurangnya RM800 antara 1 April hingga 30 Jun ini untuk mana-mana pakej yang ditawarkan, anda berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Audi. 


PEMERIKSAAN PERCUMA


Audi Malaysia kini menawarkan khidmat pemeriksaan kenderaan secara percuma sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba. Sekiranya kenderaan memerlukan pembaikan, hanya alat ganti tulen akan digunakan. 




Kempen terbuka kepada mana-mana kenderaan Audi yang dibeli melalui pengimport parallel yang perlu menjalani Pemeriksaan Kondisi Audi (Audi Condition Check, ACC) untuk memastikan kenderaan boleh diservis.


Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter, berkata, “Menerusi kempen #AudiOnTheMove, kami harap dapat menggalakkan pemilik kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas untuk mengutamakan aspek penyelenggaraan Audi mereka. Kami faham bahawa menyelenggara kereta anda boleh jadi mahal dan memakan masa, jadi kami mahu memudahkannya terutama sewaktu sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.”


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai kempen #AudiOnTheMove, layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Centre untuk membuat temu janji.





Tag:

AudiOnTheMove
Kempen Raya
Audi
Audi Malaysia
PHS Automotive Malaysia (PHSAM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K

Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

04-03-2025
Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Kereta Baru

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026