Link Copiedcheck_circle
EV

Stesen Pengecas EV MINI Pertama Di Seremban Dilancarkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Millennium Welt, selaku pengedar sah jenama BMW, BMW Motorrad dan MINI telah melancarkan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) MINI di Seremban, Negeri Sembilan, secara rasmi. Stesen ini disediakan oleh pengedar tersebut dengan kerjasama Matrix Concept Holdings Sdn Bhd (MCHB).


Dikuasakan oleh pembekal pengecas EV tempatan, ChargEV, stesen tersebut dilengkapi dengan Wallbox pengecas AC 11 kW yang diletakkan di ruang masuk parkir utama d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban. Kemudahan pengecasan ini boleh diakses pada jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari pada harga hanya RM5 setiap 20 minit. 




Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong berkata, "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kemudahan mengecas EV yang pertama bagi jenama MINI di Seremban, menyokong keperluan infrastruktur pengecasan yang semakin meningkat di sini.”


Tambah beliau, buat masa ini, Millennium Welt telah menyerahkan sejumlah 140 unit model elektrik BMW dan MINI, ketersediaan fasiliti ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan orang ramai untuk beralih kepada EV. 




Penyediaan fasiliti pengecasan ini merupakan sebahagian daripada strategi BMW Group Malaysia untuk membangunkan infrastruktur pengecas EV di Malaysia. Setakat ini, sejumlah 670 fasiliti disediakan syarikat yang mana 360 daripadanya diwujudkan dengan kerjasama ChargEV dan Yinson Greentech. Sementara itu, 65 fasiliti lagi dikuasakan oleh syarikat JomCharge dan 150 lagi oleh Gentari. 


Selain itu, 100 fasiliti pengecas BMW i dan MINI turut disediakan di kebanyakan pusat pengedaran di seluruh negara. Lebih banyak infrastruktur akan disediakan pada masa akan datang. 

Tag:

MIllennium Welt
Pengecas EV
EV MINI Cooper
BMW Group Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

28-10-2024
EV

22-08-2024
Berita Auto

20-06-2024
EV

13-12-2023
Berita Auto

24-11-2023
Berita Auto

09-06-2023
EV

10-04-2023
Kereta Baru

15-01-2026

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026