- Berita
- Gaya Hidup
- TUMI, McLaren Hasilkan Bagasi Mewah, Harga Jangan Cakaplah!

Bagi meraikan enam dekad sejak penubuhan pasukan sukan permotoran elit dan pembuat kereta super mewah McLaren, jenama produk gaya hidup antarabangsa, TUMI melancarkan Koleksi Ulang Tahun ke-60 McLaren baru-baru ini.

Koleksi itu diumumkan dalam siri terakhir kempen Musim Bunga 2023 yang bertajuk "Unpack Tomorrow” .
Ia menampilkan pemandu pasukan Formula 1 McLaren, Lando Norris dan krew TUMI.

Koleksi tersebut menawarkan pelbagai produk gaya edisi terhad dalam warna signature McLaren dan terdapat produk Torque Sling, Velocity Backpack dan Aero International Expandable 4 Wheeled Carry-On.
Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz berkata, kedua-dua jenama yang menawarkan produk mewah bertaraf dunia dan pemahaman mereka dalam teknologi sudah tidak dapat dinafikan.

“Kami cukup teruja kerana dapat bekerjasama dengan Mclaren dengan menawarkan beg berwarna oren betik iaitu warna tema McLaren serta menggabungkan bahan moden dan ringan untuk mencipta bagasi, beg dan aksesori yang meraikan ulang tahun ke-60 McLaren,” katanya dalam satu kenyataan.


Dikhabarkan, koleksi baharu itu telah dikeluarkan secara rasmi pada 13 April. Jika anda nak tahu harganya, maka anda bolehlah melayari laman sesawang TUMI.
Apapun jangan terkejut dengan harga bagasi yang ditawarkan TUMI.
Menyentuh mengenai videonya, video kempen pemandu Formula 1 memperkenalkan semula karya terlaris daripada Koleksi McLaren yang telah dilancarkan semula oleh jenama itu musim ini.
Ia memajukan lagi sambutan ulang tahun istimewa McLaren dan perkongsian berterusan antara pelancongan antarabangsa dan gaya hidup serta jenama automotif mewah.
TUMI akan memperkasakan perkongsian dengan McLaren melalui siri kandungan global pada perlumbaan utama Grand Prix, termasuk pelbagai taktik penglibatan komuniti, bakat influencer dan hadiah eksklusif.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/