Link Copiedcheck_circle
Global

AC Cobra GT, Model Ikonik Era 60-an

Suhana Veru

Kongsi melalui


AC Cobra Gt Roadster 2023 diperkenalkan dalam satu acara khas yang diadakan di Stadium Totenham Hotspur, London pada minggu lepas.

Dikhabarkan  pengeluar kereta tertua di Britain, AC Cars ada menyediakan dua pilihan trenkuasa.

Yang pertama ia menggunakan enjin 5.0 liter Coyote V8 yang diperoleh daripada Ford Mustang, dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 454 hp dan  tork 570 Nm. 


Sementara itu, model flagship  yang ditawarkan secara eksklusif pula mampu menjana kuasa setinggi  654 hp dan 780 Nm.

Seperti model asal, AC Cars juga telah menyediakan dua pilihan transmisi. 

Para pelanggan boleh memilih antara manual 6-kelajuan atau unit automatik 10-kelajuan dimana kedua-duanya ada menawarkan pedal tukaran.


Menurut AC Cars, model flagship mampu memecut dari 0-96 kilometer sejam hanya dalam 3.4 saat.

Menyentuh mengenai beratnya, berat keseluruhan kereta ini adalah sekitar 1,450 kilogram sahaja.

Ya ia agak ringan. Ini kerana ia dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon ringan dan bahan komposit yang digunakan dapat menghasilkan reka bentuk badan retro yang bergaya.


Dari segi rekaan pula, AC Cobra GT Roadster dilihat banyak mengambil inspirasi daripada pendahulunya.

Namun model kali ini agak berbeza dan tampak moden kerana penggunaan kedua-dua lampu LED  dan roda yang lebih besar.


Mengenai dimensinya, ia lebih panjang 110mm berbanding AC Cobra Mk.

Sementara itu, kabin kereta dua tempat duduk ini agak serba baharu ditambah dengan meter-meter berbentuk bulat gaya retro.

Terdapat juga butangStart/Stop namun ia tersembunyi  di bawah penutup berwarna merah yang boleh dibuka seperti model-model Lamborghini. 

Malah, terdapat juga satu unit skrin infotainmen bersaiz kecil.

Datang kepada harganya, AC Cobra GT Roadster 2023 baharu ini agak mahal memandangkan AC Cars merancang untuk membina hanya 250 unit untuk dijual pada setiap tahun

Harga permulaan adalah sekitar £285,000 (lebih kurang RM1.6 juta.


Gallery

Tag:

AC cobra
Ac Cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026