Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW 7 Series G70 Dilancarkan – CKD, 2 Varian, Dari RM649,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW 7 Series generasi ketujuh (G70) telah dilancarkan di Malaysia


BMW Group Malaysia telah mengumumkan kehadiran model flagship 7 Series generasi ketujuh, G70, hari ini. Model yang dipasang  di fasiliti pengilangan tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas 750e xDrive Pure Excellence, dan varian 750e xDrive M Sport yang lebih tinggi.


Menggunakan sistem elektrik plug-in hybrid (PHEV), kedua-dua varian dipasangkan dengan enjin petrol turbo 3.0L 6-silinder yang digabungkan dengan motor elektrik. Motor elektrik ini dikuasakan oleh bateri litium-ion 18.7 kWh. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda (AWD) melalui sistem pacuan xDrive dengan sistem transmisi automatik 8-kelajuan. 


Secara keseluruhan, sistem ini menghasilkan kuasa sebanyak 483 hp dan tork 700 Nm, membolehkan kedua-dua model ini melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan pada 250 km/j. Kedua-dua varian ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 87 km, dengan had kelajuan tertinggi yang lebih rendah iaitu pada 140 km/j. 



Dua varian ditawarkan, 750e xDrive Pure Excellence (kiri) dan 750e xDrive M Sport (kanan)


Bateri yang digunakan boleh menerima input pengecasan AC Jenis 2 7.4 kW, membolehkan kereta dicas penuh dalam masa kurang daripada 3 jam.


Sebagai sedan flagship BMW, kedua-dua varian ini dilengkapi pelbagai kelengkapan mewah. Antaranya adalah paparan BMW Live Cockpit Professional baharu dengan modul paparan melengkung terkini BMW, yang menggabungkan instrumen digital berukuran 12.3-inci dan infotainment skrin sentuh berukuran 14.9-inci.



Kedua-dua varian hadir dengan pelbagai kelengkapan mewah (Nota: Gambar di atas memaparkan kabin 750e xDrive M Sport)


Ciri penting lain yang dikongsikan oleh kedua-dua varian ini adalah termasuk bingkai gril hadapan yang bercahaya, BMW Interaction Bar yang bercahaya, sistem audio hi-fi Bowers & Wilkins, bukaan pintu automatik, bumbung kaca panorama, kawalan iklim automatik empat zon, paparan-di-kepala (HUD), Parking Assistant Plus, dan kemasan kaca kristal.


Varian 750e xDrive M Sport yang lebih tinggi, ditambah dengan ciri premium lain seperti skrin pada tempat duduk belakang, BMW Theatre, yang berukuran 31.3-inci dan tempat duduk Executive Lounge. Varian ini juga dilengkapi pakej M Shadowline yang memberikan sedan ini gaya sporty di luar dan dalam. 


750e xDrive M Sport, varian lebih sporty dan diberikan lebih banyak ciri tambahan. Varian ini hadir dengan pelbagai ciri sporty daripada pakej BMW M Shadowline yang termasuk rekaan bampar sporty, rim bersaiz 20-inci dan penggunaan dua tona


Varian Pure Excellence dan M Sport dapat dibezakan melalui rekaan bampar depan dan belakang, saiz rim (19-inci vs 20-inci), serta warna (satu atau dua tona).


Untuk pilihan warna, kedua-dua varian ditawarkan dalam tiga pilihan warna standard serta 1 warna eksklusif bagi setiap varian, menjadikan keseluruhannya 5 pilihan warna: 


  • Oxide Grey Metallic
  • Black Sapphire Metallic 
  • Mineral White Metallic. 
  • M Brooklyn Grey Metallic (Eksklusif untuk BMW 750e xDrive M Sport)
  • Sophisto Grey Metallic (Eksklusif untuk BMW 750e xDrive Pure Excellence)


Di dalam kabin, kedua-dua varian ini menggunakan upholsteri kulit Merino dalam pilihan warna hitam atau Tartufo.



750e xDrive Pure Excellence menggunakan bampar yang lebih elegan, rim bersaiz 19-inci, dicat dalam satu tona. Varian ini hanya ditawarkan sebanyak 48 unit


Sedan mewah ini dijual pada harga yang bermula dari RM649,800 untuk varian 750e xDrive Pure Excellence hingga RM700,000 untuk varian 750e xDrive M Sport. Harga yang dinyatakan adalah termasuk:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW 
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW 
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW 
  • Servis Dalam Talian BMW 

Namun,  BMW Group Malaysia mengumumkan bahawa varian Pure Excellence hanya terhad kepada 48 unit sahaja, jika anda sedang mempertimbangkan varian ini, jangan fikir terlalu lama, kalau tidak mahu terlepas!


Tag:

BMW Malaysia
BMW 7 Series
Hibrid Plug-In
750e xDrive Pure Excellence
750e xDrive M Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024
Berita Auto

20-11-2024
Berita Auto

12-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru
Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru
Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025