Link Copiedcheck_circle
EV

BMW i5 Curi Perhatian Ramai

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selepas tujuh generasi, BMW 5 Series kini akhirnya memasuki fasa model elektrik sepenuhnya selepas BMW i5 2024 dilancarkan baru-baru ini.

Ia yang menggunakan kod nama G60 dikatakan mampu melakukan jarak perjalanan sejauh 582 kilometer.

Ini membolehkan ia mampu bersaing dengan seterunya dari Jerman, Mercedes-Benz EQE.


Untuk makluman, BMW i5 didapati dalam dua spesifikasi iaitu pacuan roda belakang (RWD) eDrive40, dan varian pacuan semua roda (AWD) M60 xDrive.

Varian eDrive40 dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat 335 hp dan sehingga 430 Nm tork serta mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam enam saat.

Sementara itu, kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga 193 km/j.

Beralih kepada BMW i5 M60 xDrive, ia yang menggunakan dua tetapan motor berkembar mampu menghasilkan kuasa 593hp dan tork 820Nm manakala ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat.

Kuasa elektriknya itu juga mampu menyalurkan kelajuan tertinggi sehingga mencecah 143km/j namun kelajuan itu dihadkan secara elektronik bagi mengekalkan jangka hayat bateri.


Bercakap mengenai bateri pula, kedua-dua model ini menerima kuasa daripa pek bateri yang berkapasiti  81.2 kWh yang terdiri daripada empat modul berasingan dengan 72 sel bateri setiap satu, dan tiga modul dengan 12 sel setiap satu.

Bateri yang disumbat pada i5 eDrive40 boleh bergerak sejauh antara 497 kilometer (km) hingga 582km manakala varian M60 xDrive menerima jarak perjalanan yang rendah iaitu antara 455 km hingga 516km.

Mengenai pengecasan pula, kedua-dua model menyokong pengecas AC sehingga 11 kW sebagai standard dan 22 kW sebagai pilihan.


Bagi pengecas DC ia menyokong sehingga 205 kW sekali gus membolehkan pengecasan 10-80% hanya dalam masa 30 minit.

Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan susun atur sedan tiga kotak tipikal dan  hud hadapannya agak panjang.

Di bahagian belakang, i5 menggunakan beberapa  reka bentuk daripada BMW i7.


Ia hadir dengan lampu belakang LED rata dan bampar belakang yang kelihatan sporty. Berbeza dengan model BMW yang lebih baharu seperti i7 dan XM yang 'kontroversial', BMW telah mengambil laluan yang lebih selamat dan terbukti untuk Siri G60 5.


Kali ini, ia juga hadir dengan gril buah pinggang signatur BMW dan tiada sebarang saluran udara memandangkan ia adalah EV.

Menjengah bahagian dalamannya, ia dilengkapi dengan skrin melengkung yang merangkumi kluster digital 12.3 inci dan infotainmen 14.9 inci.


Ia menggunakan sistem operasi 8.5 terkini dari BMW yang turut menmpilkan platform AirConsole. 

BMW 5 Series ini juga dikatakan lebih  panjang (5,060 mm), lebar 1,900 mm, manakala  jarak antara roda bertambah kepada 2,995 mm.


Pengeluaran sedan BMW i5 dilaksanakan di kilang BMW Dingolfing, Jerman di mana kebanyakan komponen EV BMW juga dibuat di kilang yang sama.

BMW i5 eDrive40 dijual pada harga RM313,043 manakala M60 xDrive pula ditawarkan pada  harga yang lebih tinggi iaitu RM392,926.

Gallery

Tag:

bmx i5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026