- Berita
- Global
- DB12 Super Tourer Pertama Di Dunia

Aston Martin akhirnya telah melancarkan model DB generasi terbaharunya, DB12, baru-baru ini.
Ia yang dikenali sebagai super tourer pertama di dunia disumbat dengan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar mampu menghamburkan kuasa setinggi 671 hp dan tork 800Nm.
DB12 yang digandingkan dengantransmisi automatik lapan kelajuan sekali gus membuatkan ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat.

Sementara itu, kelajuan tertinggi pula mencecah 325 km/j.
Secara visual, DB12 berkongsi banyak ciri reka bentuk daripada model yang digantikannya, tetapi masih membawa beberapa perubahan untuk menjadikannya cukup berbeza daripada yang lain.
Nampaknya, jentera ini menampilkan reka bentuk bampar hadapan baharu selain gril hadapannya yang lebih besar diapit oleh sepasang lampu depan LED berbentuk titisan air.

Di tengah-tengah pula tertera lambang AM . Di bahagian belakang pula, ia kelihatan seakan-akan sama dengan DB11 memandangkan terdapat garis bumbung yang condong, lampu belakang LED berbentuk C dan ekzos berkembar jenis sporty.
Satu-satunya perbezaan yang ketara ialah penambahan huruf Aston Martin yang terletak di bawah lambang sayap AM yang ikonik.


Menjengah bahagian dalamannya pula, ia dilengkapi dengan skrin kluster digital moden, skrin tengah 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio dengan 11 pembesar suara serta keupayaan kemaskini over-the-air.
Malah, konsol tengah direka agak tinggi untuk menempatkan tuil penukaran gear yang minimalis.

Terdapat juga butang kawalan fungsi, serta kawalan berbentuk rotari untuk akses kepada mod pemanduan.

Di sebalik semua ini, Aston Martin DB12 akan menembusi pasaran pada suku ketiga tahun ini.
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

