Link Copiedcheck_circle
Global

DB12 Super Tourer Pertama Di Dunia

Suhana Veru

Kongsi melalui


Aston Martin akhirnya telah melancarkan model DB generasi terbaharunya, DB12, baru-baru ini.

Ia yang dikenali sebagai super tourer pertama di dunia  disumbat dengan enjin  V8 4.0 liter turbo berkembar mampu menghamburkan kuasa setinggi 671 hp dan tork 800Nm.

DB12 yang digandingkan dengantransmisi automatik lapan kelajuan sekali gus membuatkan ia mampu memecut dari  0-100 km/j dalam masa 3.6 saat.


Sementara itu,  kelajuan tertinggi pula mencecah 325 km/j.

Secara visual, DB12 berkongsi banyak ciri reka bentuk daripada model yang digantikannya, tetapi masih membawa beberapa perubahan untuk menjadikannya cukup berbeza daripada yang lain. 

Nampaknya, jentera ini  menampilkan reka bentuk bampar hadapan baharu selain gril hadapannya  yang lebih besar diapit oleh sepasang lampu depan LED berbentuk titisan air. 


Di tengah-tengah pula tertera lambang AM . Di bahagian belakang pula, ia kelihatan seakan-akan sama dengan DB11 memandangkan terdapat garis bumbung yang condong, lampu belakang LED berbentuk C dan ekzos berkembar jenis sporty. 

Satu-satunya perbezaan yang ketara ialah penambahan huruf Aston Martin yang terletak di bawah lambang sayap AM yang ikonik.


Menjengah bahagian dalamannya pula, ia dilengkapi dengan skrin kluster digital moden, skrin tengah 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio dengan 11 pembesar suara serta keupayaan kemaskini over-the-air.

Malah, konsol tengah direka agak tinggi untuk menempatkan tuil penukaran gear yang minimalis.


Terdapat juga butang kawalan fungsi, serta kawalan berbentuk rotari untuk akses kepada mod pemanduan.


Di sebalik semua ini, Aston Martin DB12 akan menembusi pasaran pada suku ketiga tahun ini.

Apa pula pandangan anda?


Gallery

Tag:

aston Martin
Aston Martin DB12
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta

Aston Martin DB12 akhirnya tiba di Malaysia. Ini spesifikasinya...

28-07-2023

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026