Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Elak Kenaikan Tol, Konsesi Lebuhraya Mungkin Dilanjutkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kerajaan sedang mengkaji peluang untuk melanjutkan tempoh konsesi pengendali lebuhraya di Semenanjung Malaysia selama 30 tahun sebagai langkah untuk mengelakkan kenaikan tol semasa. 


Perkara ini dilaporkan masih dalam proses penilaian oleh pihak Kabinet.  Jika mendapat kelulusan, pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan lanjutan konsesi tersebut dijangka akan dibuat pada pertengahan tahun ini, lapor The Edge. 




“Saya diberitahu bahawa kerajaan sedang melihat untuk menaikkan tempoh sehingga 30 tahun untuk semua pemegang konsesi.


“Ia mungkin akan diumumkan pada separa kedua tahun ini,” kata sumber yang enggan didedahkan itu kepada The Edge. 


Sumber yang sama turut memberitahu bahawa kerajaan telah memaklumkan pengendali lebuhraya mengenai kemungkinan lanjutan tempoh konsesi. 




Laporan ini juga menyatakan bahawa lanjutan tempoh konsesi bertujuan untuk mengelakkan kenaikan kadar tol selain menghindari kerajaan membayar pampasan kepada pengendali lebuhraya yang sedia ada. Selain itu, tawaran untuk melanjutkan konsesi tol juga dipertimbangkan sebagai satu pertukaran untuk mengurangkan kadar tol.


Langkah ini bukanlah perkara baru kerana tiga tahun yang lalu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Lim Guan Eng telah mengurangkan kadar tol lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Berhad sebanyak 18% sehingga tahun 2058. Pengurangan ini dilakukan setelah kerajaan memanjangkan tempoh konsesi tol yang sepatutnya berakhir pada tahun 2038 hingga 2058.

Tag:

konsesi tol
tol Malaysia
Kerajaan Malaysia
kenaikan tol
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

SST 8% Mula Esok, Ini Yang Akan Semakin Mahal...

Kadar SST baharu akan mula dikuatkuasakan esok, adakah anda bersedia? Ini yang akan terkesan...

29-02-2024
EV

EV Digunakan Dalam Skala Kecil

Kerajaan akan menggunakan EV bermula tahun ini.

28-02-2024
Berita Auto

Tiada Tambahan Subsidi Bagi RON95, Diesel, Tetapi Ini Strategi Kerajaan Untuk Bantu Rakyat...

Had harga siling semasa minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kekal di tahap sama buat masa ini.

07-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026