Link Copiedcheck_circle
EV

[FOTO] Volvo EX30: EV Terkecil Volvo Bakal Diperkenalkan 7 Jun Ini

Sofea Najmi

10-5-2023

Kongsi melalui

Teaser Volvo EX30


"Something small is coming," tulis Volvo dalam satu kenyataan. Sebuah SUV kecil baharu yang diberi nama "Volvo EX30" akan membuat penampilan globalnya kurang  sebulan daripada sekarang. 


Januari lalu, CariCarz pernah melaporkan tentang kehadiran EX30 sebagai salah satu daripada enam model elektrik yang akan diperkenalkan Volvo. Pada masa itu, CEO Volvo, Jim Rowan mengatakan EX30 akan didedahkan pada 15 Jun dan menjelaskan pelanggan yang disasarkan bagi model kali ini:


“SUV baharu yang lebih kecil itu adalah penambahan terbaharu dalam barisan [EV]. Demografi usia di Volvo terlalu berusia daripada apa yang kami inginkan. Kami ingin menarik lebih ramai orang muda kepada jenama ini.”


Semalam, diumumkan bahawa EX30 akan didedahkan lebih awal, pada 7 Jun 2023. Berikut adalah video teaser yang dikongsikan Volvo: 



Berdasarkan video yang dikongsikan, beberapa ciri rekaan dapat dilihat yang mana kebanyakannya jelas mengekalkan bahasa rekaan yang sama sepertimana model Volvo yang lain. Dari sudut hadapan, EX30 menggunakan lampu nyalaan siang (DRL) LED berbentuk T atau ‘tukul Thor’ yang diambil daripada EX90. Bergerak ke bahagian belakang, ia menggunakan lampu belakang jenis menegak, sama seperti model Volvo lain. 




Perincian teknikal mengenai model ini masih belum didedahkan, namun terdapat laporan yang mendedahkan bahawa model ini akan dibina berdasarkan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan Geely seperti yang digunakan pada EV kecil, Smart #1. 




MUNGKIN MENYAMAI SMART #1?


Dengan bentuk badan yang kecil seperti Smart #1 dan penggunaan platform SEA, kita boleh menjangkakan EX30 akan turut dilengkapkan dengan sistem sama. Smart #1 menggunakan bateri berkapasiti 66 kWh dengan jarak perjalanannya bercas penuh antara 420 km hingga 440 km (WLTP).




Baca: EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1


TARIKH PENGENALAN MODEL INI SECARA RASMI KEPADA UMUM 


Pengeluar kereta Sweden tersebut telah menetapkan 7 Jun sebagai tarikh pelancaran model ini secara rasmi. 

Gallery

Tag:

Volvo
Volvo EX30
EX30
EX30 teaser
EV Volvo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025
EV

Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.

10-02-2025
EV

Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

05-09-2024
EV

Volvo Dedah Teaser Sedan Elektrik ES90 – Kemunculan Rasmi Mac 2025

Volvo baru-baru ini telah mendedahkan teaser untuk model elektrik baharunya, ES90. Ini yang kita ketahui setakat ini...

05-09-2024
EV

Volvo EX90 Bakal Tiba Di Tangan Pengguna Tanpa Beberapa Teknologi Penting

SUV elektrik terbaru Volvo, EX90, dilaporkan akan tiba tanpa beberapa teknologi penting.

23-07-2024
EV

Setelah 2 Tahun Diperkenalkan, Volvo EX90 Akhirnya Masuki Fasa Pengeluaran

Volvo EX90 telah memasuki fasa pengeluaran di kilang Volvo di Charleston, South Carolina, AS.

07-06-2024

Berita Terkini

EV

SUV Elektrik Berhenti Mengejut Di Lorong Kanan! Nyaris Makan Nyawa

Seorang lelaki trauma seumur hidup gara-gara memandu SUV elektrik yang dipandunya secara tiba-tiba berhenti mengejut .

06-05-2025
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025