Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Raih Hampir Setengah Juta Lelong Kereta Sita

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gambar hiasan


Raih hampir setengah juta ringgit! Begitulah besarnya kutipan yang berjaya dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak selepas membuat lelongan sejumlah 41 buah kenderaan yang disita dan dilupuskan semalam. 


Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, lelongan yang membabitkan kenderaan seperti kereta, van dan motosikal itu telah mencatatkan hasil kutipan sebanyak RM487,750. 


Tambah beliau, 35 daripada 41 kenderaan yang dilelong masih boleh digunakan di jalan raya dan dilesenkan, manakala enam kenderaan lagi boleh dijadikan skrap. 


Baca: JPJ Lakar Sejarah, Kutip RM34.2 Juta Untuk Nombor FF


Turut dikongsikan, kenderaan dengan hasil lelongan tertinggi ialah Honda Integra yang terjual pada harga RM41,500, sementara hasil lelongan terendah pula ialah motosikal dengan harga bidaan RM50.


"Lelongan awam kali ini membabitkan 41 kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Gambar hiasan


"Dokumen lelongan lelongan awam mula dijual pada 15 Mei hingga 19 Mei lalu dengan harga RM70 senaskah, manakala bagi pemeriksaan awam pula JPJ membuka pagar kepada pembida pada tarikh yang sama bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4 petang," kata kenyataan itu.


Mereka yang telah berjaya membuat bidaan perlu melengkapkan pemindahan hakmilik dalam tempoh tujuh hari selepas hari lelongan. 


Tag:

JPJ
JPJ Perak
lelong kereta
kereta sita
kereta lupus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Jangan Risau, Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Online Sudah Beroperasi Semula

Berita Baik: Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Secara Online Kini Boleh Digunakan Semula.

25-05-2026
Berita Auto

Kes Tukar Hak Milik Tanpa Pengetahuan Pemilik, JPJ Tangguh Urusan Online

Urusan Tukar Nama Kenderaan Kini Wajib Di Kaunter JPJ.

25-05-2026
Berita Auto

Beli Kereta Mewah Mampu, Tapi Liat Bayar Cukai Jalan

Mampu Beli Porsche, Cukai Jalan Pula ‘Sangkut’ Sejak 2020! Alasan Pemilik Kereta Mewah Bikin JPJ Geleng Kepala.

20-05-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026
Berita Auto

Bidaan P1P Cecah RM1.1 Juta! Ini Senarai Nombor Plat Siri P_P Paling Mahal

Hasil P_P Untuk Rakyat: RM21.6 Juta Bidaan Nombor Plat Bakal Biayai MyLESEN & Topi Keledar.

27-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026