Link Copiedcheck_circle
EV

Kenderaan Pengecas Mudah Alih EVChargeGo, Kerjasama Dengan PRO-NET?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Semasa pameran Autoshow Malaysia 2023 yang berlangsung baru-baru ini, syarikat EV Connection Sdn Bhd (EVC) telah mempamerkan sebuah kenderaan yang dilengkapkan dengan fasiliti pengecas kenderaan elektrik (EV) menjadikannya Kenderaan Pengecas Mudah Alih pertama negara. 


Teknologi ini dibangunkan menggunakan bateri-bateri terpakai daripada kenderaan elektrik (EV) BMW dan MINI sebagai sumber kuasa. Menurut pihak EVC, unit pengecasan mudah alih ini pada kapasiti penuh mampu mengecas dua EV pada kepantasan pengecas DC sehingga 30kW.




Dalam perkembangan seterusnya, EVChargeGo sebuah syarikat di bawah naungan Gentari telah menunjukkan unit pengecas EV mudah alihnya. Seperti yang kita tahu, Gentari telah menjalinkan kerjasama strategik dengan EVC dalam usaha pembangunan fasiliti pengecasan Gentari.


MODEL KENDERAAN PENYELAMAT EV DIDEDAHKAN


Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di Twitter rasmi EVChargeGo dan sumber-sumber lain, jelas menunjukkan “kenderaan penyelamat” yang akan digunakan adalah Proton Exora generasi pertama.




KENAPA PROTON EXORA? 


Beberapa pihak mungkin mengkritik mengapa Gentari atau EVC tidak memilih van EV dan MPV sebagai Kenderaan Pengecas Mudah Alih. Namun kami percaya terdapat dua kemungkinan model ini telah dipilih sebagai kenderaan pengecas.  Pertama, van EV masih terlalu mahal untuk digunakan sebagai kenderaan ujian pada masa ini. Sebab yang kedua pula membabitkan satu perkara yang tersirat dalam video tersebut.




Dalam video tersebut, Gentari EVChargeGo dilihat sedang mengecas model smart #1 yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan akan diedarkan oleh PRO-NET, anak syarikat milik penuh Proton yang bertanggungjawab menguruskan jualan dan edaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan EV smart. Oleh itu, penggunaan Proton Exora adalah pilihan yang tepat dari segi jenama. 


Dalam masa yang sama, PRO-NET juga sedang aktif membangunkan rangkaian pengedar pintar dan mencari penyelesaian pengecasan yang sesuai untuk memberi keyakinan kepada bakal pembeli mereka.


Selain itu, kita juga mendapat maklumat bahawa Gentari dan PRO-NET telah menjalinkan kerjasama strategik. 


PENGGUNAAN PENGECAS MUDAH ALIH DIUJI 


EVChargeGo telah mengumumkan pelancaran program perintis selama 3 bulan yang akan datang. Program ini akan dilakukan bersama rakan strategik mereka dalam usaha untuk melengkapkan landskap EV di Malaysia melalui pengenalan penyelesaian pengecasan EV mudah alih.


Kewujudan Kenderaan Pengecas Mudah Alih yang dapat menyelamatkan pengguna EV pada saat-saat yang diperlukan diharapkan dapat membuka hati ramai untuk menerima EV dan tidak lagi bimbang tentang jarak perjalanan. 


Tag:

Proton Exora
EV Connection Sdn Bhd (EVC)
Kenderaan Pengecas Mudah Alih
Gentari EVChargeGo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.

15-09-2025
Berita Auto
Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.

11-09-2025
Berita Auto
Siling Stesen Minyak Runtuh, Mujur Tiada Yang Terkorban

Siling Stesen Minyak Runtuh, Mujur Tiada Yang Terkorban

Struktur siling sebuah stesen minyak di Bukit Garam, dilapor runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang.

15-10-2024
Berita Auto
Proton Saga Paling Laris Di M'sia

Proton Saga Paling Laris Di M'sia

Proton Saga tetap laku keras di Malaysia.

22-02-2024
Berita Auto
Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

Siapa kata jenama PROTON tak laku, anda salah besar.

03-01-2024
Berita Auto
Macam Biasa, Proton Saga Paling Laku!

Macam Biasa, Proton Saga Paling Laku!

Pengeluar kereta nasional PROTON menjana pertumbuhan jualan tahun kelima berturut-turut apabila jualan kenderaan di Malaysia terus meningkat.

06-11-2023
Berita Auto
Jualan PROTON Melonjak Lagi

Jualan PROTON Melonjak Lagi

PROTON meneruskan momentum yang cukup memberangsangkan pada bulan lepas.

05-10-2023
Berita Auto
Jualan PROTON Melonjak, Rasanya Kenapa?

Berita Terkini

EV
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026