Link Copiedcheck_circle
EV

Pasaran EV Semakin Berkembang, Tengku Zafrul

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta vendor dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan dalam reka bentuk dan pembuatan komponen kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan daya saing EV yang semakin berkembang.

“Ia adalah penting bagi PKS dan vendor mendapat sokongan yang diperlukan. "Sokongan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk akses kepada kepakaran teknologi, sumber penyelidikan dan pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian  pada prapelancaran Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 amat menekankan membangunkan penyelesaian mobiliti baharu yang lebih cekap, mampan dan berteraskan pelanggan.


Ini termasuk menggalakkan kenderaan cekap tenaga (EEV) serta kenderaan berhubung dan autonomi atau Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), EV dan bentuk pendorong alternatif lain.

Malah, kerajaan turut menjangka pertumbuhan NxGV yang pesat di Malaysia, memandangkan negara merupakan antara hab pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) terkemuka di Asia Tenggara.

“Untuk itu, elektrifikasi menjadi agenda yang lebih penting. Maka, Malaysia perlu memacu ke arah matlamat yang lebih tinggi untuk penembusan EV dalam negara, katanya.


Gallery

Tag:

tengkuzafrul
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Baguslah Kalau Nak Pasang Lebih Banyak Pengecas EV

Kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025.

21-07-2023
EV

Prime Mover EV Boleh Gerak 300KM Dengan Sekali Cas

Volvo Trucks Malaysia memperkenalkan lori terminal (prime mover) tugas berat elektrik sepenuhnya di Malaysia.

13-07-2023
Berita Auto

Prototaip Daihatsu Mira EV Ditayang!

Tengku Zafrul dipertontonkan Daihatsu Mira ketika mengadakan lawatan ke kilang Daihatsu, Kyoto, Jepun.

03-06-2023

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026