Link Copiedcheck_circle
EV

Prime Mover EV Boleh Gerak 300KM Dengan Sekali Cas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua hari lalu,  Volvo Trucks Malaysia  melancarkan buat julung kalinya lori terminal (prime mover) tugas berat elektrik sepenuhnya untuk pasaran tempatan.

Difahamkan, prime mover itu adalah yang pertama di Asia Tenggara manakala Malaysia merupakan negara pertama yang menerima model FH Electric, FM Electric dan FMX Electric.

image.png

Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O'Connell berkata, pihaknya cukup teruja untuk  memperkenalkan teknologi yang ada pada 'prime mover' tersebut.

Ia bukan sahaja menyokong kesan iklim rendah tetapi meningkatkan keselamatan untuk pengguna jalan raya dan mewujudkan persekitaran kerja lebih baik untuk pemandu,” katanya kepada media selepas melancarkan lori terminat di ibu pejabatnya di Shah Alam.

image.png

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai lori elektrik kerana kita sudah biasa membaca mengenai kereta dan motosikal elektrik.

Berikut adalah info:

Terdapat dua atau tiga motor.

Ada 6 pek bateri ( 180 kWh hingga 540 kWh).

Mampu menghasilkan kuasa490 kW (666 PS)/ tork 2,400 Nm.

Dipadankan dengan kotak gear I-Shift 12-kelajuan.

Boleh gerak sejauh 300 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.png

KABIN MEWAH

Ada Dynamic Steering

Skrin  12-inci digital dengan bingkai krom.

Paparan sisi 9-inci - menyalurkan maklumat sistem kenderaan, yang boleh dikawal oleh pemandu melalui kawalan sentuhan di stereng.

image.pngimage.png

Ciri KESELAMATAN:

Ada sistem bunyi yang mampu memberikan amaran kepada pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Bantuan pengelakan pelanggaran titik buta.

Ada lampu LED.

TEMPOH PENGECASAN:

image.pngimage.png

Sekiranya menggunakan pengecas 'on-board' arus ulang alik (AC) (43 kW) ia memerlukan sehingga 10 jam untuk penuh.

Bagi pengecas arus terus (DC) (maksimum 250 kW), masa pengecasan penuh boleh dikurangkan kepada bawah dua jam.

Buat masa ini, pengguna pertamanya adalah pembekal logistik bersepadu, Swift Haulage Bhd.

Bagaimanapun, harga mengenai lori elektrik ini tidak didedahkan memandangkan harga bergantung pengubahsuaian yang ingin dilakukan oleh pelanggan,


Gallery

Tag:

Volvo Trucks
swift haulage
tengkuzafrul
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Negara Luar Dah Ada Lori Sampah Elektrik, M'sia Bila Lagi?

Negara Luar Dah Ada Lori Sampah Elektrik, M'sia Bila Lagi?

FM Low Entry akan memasuki beberapa pasaran utama tidak lama lagi.

13-02-2024
EV
Baguslah Kalau Nak Pasang Lebih Banyak Pengecas EV

Baguslah Kalau Nak Pasang Lebih Banyak Pengecas EV

Kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025.

21-07-2023
Berita Auto
Prototaip Daihatsu Mira EV Ditayang!

Prototaip Daihatsu Mira EV Ditayang!

Tengku Zafrul dipertontonkan Daihatsu Mira ketika mengadakan lawatan ke kilang Daihatsu, Kyoto, Jepun.

03-06-2023
EV
Pasaran EV Semakin Berkembang, Tengku Zafrul

Pasaran EV Semakin Berkembang, Tengku Zafrul

PKS serta vendor digesa untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini EV.

04-05-2023

Berita Terkini

EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026