- Berita
- Berita Auto
- Ramai Betul Bayar SAMAN RAHMAH

Gara-gara diskaun saman RM50, sebanyak 1.3 juta saman sudah dijelaskan buat masa ini.
Itu kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim.
Nampaknya, pesalah trafik tidak melepaskan peluang untuk menjelaskan kesemua saman tertunggak mereka pada harga yang cukup berpatutan.

“Sasaran JSPT adalah bagi memastikan orang ramai mengambil peluang ini kerana kebanyakan saman yang tertunggak pada tahun 2022 dan sebelumnya layak diberikan kadar khas,”katanya.
Pada 18 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya.
Beliau dilaporkan berkata, setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.
Bagi yang masih belum berkesempatan membayar saman anda, kadar khas itu akan berakhir pada 21 Mei ini.
Anda boleh membayar saman itu menerusi , aplikasi myBayar PDRM, semua kaunter trafik JSPT dan Pejabat Pos.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
