- Berita
- Global
- Toyota Vios Generasi Ke-3 Masih Ada di Beberapa Pasaran Sebagai Versi Facelift?
Toyota Vios Generasi Ke-3 Masih Ada di Beberapa Pasaran Sebagai Versi Facelift?

Sedan segmen-B Toyota Vios yang kini sudah memasuki beberapa pasaran termasuk Malaysia sebagai model generasi keempat, Vietnam pula baru sahaja diperkenalkan dengan Toyota Vios versi facelift generasi ketiga (XP50), awal minggu lalu.
Tiga varian Vios facelift 2023 ditawarkan di negara tersebut, iaitu:
- E MT: VND479 juta (RM90,934)
- E CVT: VND528 juta (RM100,236)
- G CVT: VND592 juta (RM112,386)
Baca: [PANDU UJI] Toyota Vios 2023 1.5G – Lebih Baik Dalam Segenap Aspek, Benarkah?
Toyota Vios facelift 2023 masih dikuasakan oleh enjin sama, 2NR-FE 1.5L aspirasi natural Dual VVT-i dengan kuasa maksimum 106 hp/140 Nm. Model ini menggunakan transmisi automatik CVT atau manual lima kelajuan, bergantung pada varian.

Vios spesifikasi Vietnam ini menerima beberapa ciri baharu. Dari luar, Vios ini telah diberikan pandangan hadapan yang menyamai hatchback Yaris facelift dengan gril bawah berbentuk hammerhead. Lampu hadapan jenis LED yang digunakan adalah dalam reka bentuk baharu dengan liang ambilan udara atau air intake yang lebih halus.

Dari sudut belakang, Vios yang dilancarkan untuk pasaran Vietnam ini kekal sama seperti model terdahulu dengan rekaan lampu belakang sama.

Bergerak ke bahagian dalam kereta, perubahan terbesar ialah penggunaan sistem infotainmen bersaiz 9 inci, yang 2 inci lebih besar berbanding model sebelum ini. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Kelengkapan lain ialah port pengecas USB Type-C. Secara keseluruhannya, rekaan dalaman model facelift ini masih sama seperti dahulu.

Dari segi keselamatan, seperti keluaran terdahulu, varian lebih tinggi menerima fungsi ADAS, pakej pemanduan aktif Toyota Safety Sense.
Pengenalan Vios facelift 2023 di pasaran Vietnam baru-baru ini berkemungkinan besar menjadi petanda bahawa pasaran kenderaan pemandu sebelah kiri lain di rantau ini seperti Filipina turut akan menerima versi facelift yang sama, dan bukannya model serba baharu seperti yang diperkenalkan di Malaysia.
Baca: Toyota Vios 2023 Dilancarkan – 2 Varian, Harga Dari RM89K
Tertarik untuk memiliki Vios generasi ketiga? Terdapat lebih 800 unit ditawarkan oleh rakan pengedar kami! Klik di sini untuk melihat Vios yang ditawarkan di CariCarz…


Antara model Toyota Vios generasi ketiga, XP50 yang ditawarkan di CariCarz
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv