Link Copiedcheck_circle
EV

Bak Kata Orang Kecil-Kecil Cili Api

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa imej Volvo EX30 bocor di internet,  jentera itu akhirnya membuat kemunculan sulungnya secara global semalam.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu adalah  kenderaan elektrik (EV) paling kecil Volvo dan paling murah.

Ciri-ciri ini membuatkan ia menjadi model pengeluaran terpantas setakat ini.

Untuk pasaran Eropah, EX30 ditawarkan dengan tiga pilihan rangkaian kuasa yang disumbat dengan dua jenis bateri berbeza.

Versi standard dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 268 hp dan 343 Nm.

Ia mampu melakukan perjalanan sejauh 344 kilometer (km).

Bagi spesifikasi pertengahan, ia dilengkapi dengan motor tunggal Extended Ranfe dimana tetapan motor dipasang di belakang iaitu sama dengan versi model standard.

image.png

Ia pula menggunakan pek bateri nikel-mangan-kobalt (NMC) berkapasiti 69-kWh. 

Saiz pek yang lebih besar dan komposisi kimia yang berbeza memberikan varian ini jarak gerak sehingga 480 km.

Sementara itu, versi motor elektrik berkembar menawarkan sistem pacuan semua roda dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 422hp dan 543Nm.

SUV terkecil ini juga mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.6 saat.

Dengan adanya pengecasan pantas DC sehingga 153 kW, ini membolehkan pengecasan 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa 26 minit.

Pek bateri berkapasiti 69-kWh pula menyokong pengecasan pantas sehingga 134 kW. Ia mengambil masa  26 minit untuk mencapai pengecasan dalam 80 peratus.

image.png

Secara visual, EX30 mempunyai persamaan yang sangat hampir dengan abangnya SUV EV EX90. 

Ini kerana bahagian hadapannya juga menggunakan reka bentuk lampu hadapan Thor's Hammer LED selain mengapit fascia hadapan tanpa gril di mana lambang Iron Mark diletakkan.

Bahagian belakangnya juga agak sama dengan EX90 dimana  EX30 memaparkan reka bentuk lampu belakang LED yang berasingan membuatkan ia saling tidak tumpah seperti  EX90.

image.png

Selain daripada lencana kereta dan dimensi keseluruhan, satu-satunya cara untuk membezakan antara kedua-dua model adalah dengan melihat profil sisi memandangkan EX30 didatangkan dengan garisan badan  yang menaik dan berakhir pada tiang-C sekali gus memberikan ilusi optik bumbung terapung.

Bergantung pada varian, EX30 menawarkan rim bersaiz dari 18 hingga 20 inci. Terdapat lima warna bilah yang boleh dipilih namun Moss Yellow adalah warna terbaharu buat masa ini.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia dihidangkan dengan skrin tengah 12.3 inci dan menampilkan pelbagai peralatan teknologi canggih dan kemudahan moden.

Sistem infotainmen EX30 boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. U

image.pngimage.png

Apa yang menarik, terdapat pembesar suara jenis soundbar pada bahagian atas papan pemuka dan bukannya di tepi pintu seperti mana yang ada pada kebanyakan kereta.

Untuk makluman, terdapat empat reka bentuk dalaman untuk dipilih, dengan kesemuanya menggunakan bahan kitar semula dan boleh diperbaharui.

Bukan itu sahaja, sistem pencahayaan ambien EX30 didatangkan dengan lima tema berbeza, dengan setiap satu daripadanya dipasangkan dengan bunyi ambien.

Selain berita ini, Volvo ada mengumumkan bahawa versi EX30 yang lebih lasak, digelar sebagai Volvo EX30 Cross Country, akan membuat penampilan sulungnya pada tahun tahun depan.

image.pngimage.png

Apapun berbalik kepada EX30 ini, harga EX30 bermula pada £33,795 (RM193,677) untuk varian standard. 

Penghantaran untuk EX30 dijangka bermula awal tahun depan, dengan tempahan untuk pasaran terpilih termasuk Eropah dan Amerika Utara telah pun dibuka.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan.


Gallery

Tag:

Volvo EX30
SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto

Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000

Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
EV

Jangan Cas Lebih 70%! Volvo EX30 Dipanggil Semula Termasuk Malaysia

Berita penting buat pemilik Volvo EX30 di Malaysia. Jenama automotif dari Sweden tersebut telah mengeluarkan arahan pemanggilan semula model tersebut minggu ini.

13-01-2026
Kereta Baru

Tempahan Volvo EX30 Versi CKD Kini Dibuka – Tiada Lagi Varian Plus, Dari RM208,888

Volvo Car Malaysia kini telah membuka tempahan bagi SUV elektrik kompak, EX30 versi pemasangan tempatan (CKD) dalam dua varian, Ultra dan Ultra Twin Performance dengan harga bermula daripada RM208,888.

04-01-2025
Kereta Baru

Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

25-09-2024
Pandu Uji

[PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30

Kami berpeluang untuk memandu uji Volvo EX30 dan ini ENAM sebab mengapa Volvo EX30 patut dipertimbangkan...

16-09-2024
EV

SUV Kompak Elektrik, Volvo EX30: Pendaftaran Minat Pasaran Malaysia Kini Dibuka

Volvo Car Malaysia (VCM) akan memperkenalkan Volvo EX30 tidak lama lagi?

12-08-2024

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026