Link Copiedcheck_circle
EV

Ford Patenkan Teknologi Bateri EV Tambahan Di Atas Bumbung

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Ford-roofboxEVbatterypack.jpg


Ford kini semakin giat menjalankan usaha untuk membangunkan EV, ini dibuktikan daripada paten yang telah didaftarkan syarikat tersebut  baru-baru ini untuk port pengecas EV automatik yang menggunakan magnet, iaitu sebuah bateri EV besar yang dipasang di bahagian atas bumbung kenderaan.


Inovasi terbaharu daripada Ford ini pertama kali diperlihatkan setelah dikongsi oleh seorang pengguna forum Ford Lightning. Fail yang dikemukakan kepada Pejabat Paten dan Cap Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) menunjukkan SUV yang kelihatan seperti Ford Bronco mempunyai rak bumbung dengan sejenis kotak simpanan yang kelihatan biasa di atasnya. Berbeza daripada kotak bumbung yang lain, kotak ini mempunyai kabel pengecas.


ford-patent-for-roof-mounted-ev-backup-battery-(1).jpg


Berdasarkan dokumen tersebut, pek bateri kotak bumbung ini boleh dipasang untuk perjalanan ke kawasan terpencil di mana stesen pengecasan EV adalah terhad. Dan sepertimana powerbank mudah alih biasa, ia boleh dikeluarkan dan dicas melalui kabel cas yang disediakan.


Untuk kawalan suhu, pek bateri yang besar ini mempunyai saluran udara di kedua-dua sisi untuk menyejukkan sel bateri. Selain itu, terdapat injap untuk melindungi bateri daripada dipengaruhi oleh faktor luar seperti air, salji, atau pasir yang boleh merosakkannya.


Selain saluran udara, terdapat alas atau tray pada kotak bateri ini yang dilapisi dengan busa poliuretana (polyurethane foam) yang membantu menguruskan tahap tenaga terma dalam kotak, mengawal suhu di dalam kotak supaya kekal sejuk dan mencegah sel daripada terlebih panas.


Yang menariknya, teknologi bateri ini direka dengan modul alat kawalan yang boleh dihubungkan tanpa menggunakan wayar kepada modul komunikasi EV. 


CariCarz_G-Mart_Ford-Mustang-Mach-E_-2.jpgCariCarz_G-Mart_Ford-Mustang-Mach-E_-62.jpg

Salah satu model EV Ford, Mustang Mach-E yang mungkin akan menerima teknologi ini sekiranya direalisasikan nanti


Inovasi bateri tambahan oleh Ford ini agak menarik kerana dapat menyelesaikan masalah dan kerisauan ramai pengguna EV, iaitu memandu di kawasan terpencil tanpa pengecas EV terdekat. Bagaimanapun, satu perkara yang menjadi isu ialah bagaimana berat bateri tambahan ini akan memberi kesan kepada pengendalian kereta. Ini kerana, bateri litium-ion yang digunakan pada EV terkenal dengan beratnya yang tinggi, ini pastinya akan memberi kesan kepada tahap kestabilan kereta terutamanya semasa dipandu pada kelajuan yang tinggi. 


Walaupun idea bateri tambahan di atas bumbung ini mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk direalisasikan, tidak bermakna pengguna EV tidak mempunya cara penyelesaian lain sekiranya terkandas di kawasan terpencil.


CariCarz_InDepth_GentariEVChargeGo_Prototypes_-16.jpgCariCarz_InDepth_GentariEVChargeGo_Prototypes_-13.jpg

Kenderaan pengecasan EV mudah alih oleh Gentari


Untuk pengetahuan pembaca, buat masa ini kita mempunyai beberapa alternatif lain untuk pengecasan EV dalam keadaan kecemasan. Sebagai contoh, kenderaan pengecasan EV mudah alih oleh Gentari. Kenderaan pengecas ini dapat membantu EV yang terkandas kerana kekurangan tenaga bateri, dengan membawa pengecas DC 30 kW ke lokasi yang diperlukan dalam jangka masa yang singkat. Perkhidmatan pengecas mudah alih ini dapat membantu membekalkan tenaga yang mencukupi kepada EV untuk ke stesen pengecasan terdekat.


CariCarz_G-Mart_Ford-Mustang-Mach-E_-38.jpg



Tag:

Ford
Ford Bronco
Bateri EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026