Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Teaser Toyota C-HR Generasi Baharu Didedahkan, Dilancarkan 26 Jun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-C-HR-Teaser.jpg


Toyota C-HR  akan diperbaharui kepada versi lebih segar dengan pelancaran generasi baharu pada hujung bulan ini. Sementara menanti saat pelancaran, Toyota telah mengeluarkan imej teaser yang memperlihatkan sudut belakang C-HR baharu tersebut. 


Seperti yang dijangka, imej teaser itu masih banyak ‘menyimpan’ rahsia, dengan hanya memaparkan nyalaan lampu belakang. Di sini kita dapat melihat reka bentuk lampu tersebut yang berbeza berbanding generasi semasa. Untuk model terbaharu, terdapat jalur LED yang disusun sejajar menggantikan bentuk C yang digunakan pada model semasa. 


Foto tersebut turut memaparkan bagaimana lampu ini  hampir bersambung di tengah-tengah, hanya dipisahkan oleh tulisan 'Toyota C-HR' yang dinyalakan - satu elemen reka bentuk yang juga berbeza daripada model lama. Ini mungkin bermakna Toyota juga telah memilih untuk menghapuskan penggunaan logo dengan memilih tulisan di bahagian belakang, seperti yang dilakukan oleh jenama mewahnya, Lexus, pada crossover kompak LBX yang baharu. 


Toyota-C-HR-Teaser-2.jpgToyota-C-HR_GR_Sport-2021-1600-07.jpg

Toyota C-HR generasi baharu (kiri) & Toyota C-HR generasi semasa (kanan)


Walaupun tidak banyak yang terungkai daripada imej teaser ini, tetapi yang pasti C-HR generasi kedua ini dibina berdasarkan kereta konsep Toyota C-HR Prologue yang didedahkan tahun lepas. Kereta konsep ini menggunakan beberapa elemen reka bentuk Toyota untuk model generasi terbaharu misalnya lampu depan LED berbentuk C dan fascia depan berbentuk seperti penukul atau hammerhead-like mirip Prius baharu. 


Toyota-C-HR-Prologue-Concept-(2).jpg

Toyota-C-HR-Prologue-Concept-(1).jpgToyota-C-HR-Prologue-Concept-(5).jpg

Kereta konsep Toyota C-HR Prologue 2022


Selain itu, model konsep ini memberi petunjuk bahawa C-HR baharu kekal sebagai sebuah crossover dengan gaya agresif yang diketengahkan pada generasi semasa, ini dapat dilihat dengan jelas daripada reka bentuk bumbungnya yang landai, elemen aerodinamik, serta lingkungan roda yang lebar.


Toyota-C-HR-Prologue-Concept-(3).jpgToyota-C-HR-Prologue-Concept-(4).jpg

Toyota C-HR Prologue 


Dari segi trenkuasa, C-HR dilaporkan akan ditawarkan dalam versi hibrid plug-in (PHEV),  selain daripada hibrid siri-paralel (HEV) standard.  Selain daripada kedua-dua trenkuasa ini, tidak dapat dipastikan sekiranya versi yang menggunakan enjin 1.8L aspirasi natural (ICE) akan ditawarkan. 


Toyota-C-HR-GR-Sport-(2).jpgToyota-C-HR-GR-Sport-(1).jpg

Toyota C-HR GR-Sport Hybrid 2022


Sebaik dilancarkan pada 26 Jun, 2023 nanti, C-HR generasi terbaru ini akan menyertai Toyota Yaris Cross dan  Toyota Aygo X yang dibina berdasarkan platform TNGA. Jualan dan penghantaran di pasaran Eropah dijangka bermula sebelum akhir tahun ini. 


Seperti model generasi semasa, kita boleh menjangkakan varian  sporty, GR-Sport, pada masa akan datang. 

Tag:

Toyota
Toyota C-HR
Toyota C-HR prologue
Toyota C-HR 2024
teaser C-HR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vellfire HEV 2026 Boleh Ditempah – Mewah Tapi Menjimatkan, Dari RM549K

Tempahan bagi model Toyota Vellfire HEV 2026 kini dibuka secara rasmi untuk pasaran tempatan.

12-01-2026
Global

GJAW: Toyota Veloz Kini Hadir Dalam Versi Hybrid, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Toyota Veloz Hybrid (HEV) didedahkan pada ekspo Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW), baru-baru ini.

25-11-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026