Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan UMWT, Perodua Melonjak Hampir 30 Peratus

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-PRESTASI-JUALAN-UMWT-PERODUA-MEI-2023.png

Jualan UMW Group melonjak sebanyak 28% pada Mei 2023 dengan penghantaran sebanyak 32,703 unit berbanding 25,641 unit yang didaftarkan pada April 2023, bagi kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, Perodua.

Jualan Perodua mengalami peningkatan yang signifikan, mencatatkan 24,699 unit pada Mei 2023, menunjukkan peningkatan sebanyak 31% berbanding 18,874 unit yang diserahkan pada April 2023.

Axia-E-Manual-202300025.jpg
Perodua Axia versi manual yang dilancarkan pada 15 Jun lalu

Perodua turut mencatatkan prestasi membanggakan dalam jualan keseluruhan sehingga Mei 2023, dengan mencapai 122,137 unit. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15% berbanding dengan jumlah unit yang dihantar dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.

Kejayaan ini dapat dikaitkan dengan usaha untuk meningkatkan pengeluaran dan penambahbaikan operasi jualan Perodua. Selain itu, pencapaian ini melebihi pertumbuhan jumlah keseluruhan industri (TIV).


INNOVAZENIX-43.jpg
Toyota Innova Zenix, dilancarkan UMWT dengan pilihan trenkuasa hibrid pada 21 Jun lalu

Pegangan pasaran Perodua juga terus meningkat dalam lima bulan pertama tahun 2023, mencapai 40.6% berbanding dengan 39.1% pada tahun penuh 2022.

Sementara itu, UMWT juga mencatatkan pertumbuhan positif. Sehingga Mei 2023, UMWT mencatatkan jumlah jualan sebanyak 39,990 unit, mewakili pertumbuhan 8% berbanding 36,972 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2022. Pada Mei 2023, pegangan pasaran UMWT berada pada kadar 13.3%.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, "Kami amat gembira dengan pencapaian jualan yang kukuh yang dicatatkan oleh UMWT dan Perodua pada Mei 2023, dan ini menunjukkan permintaan yang berkekalan dalam pasaran. Selain itu, kedua-dua syarikat juga mencatatkan peningkatan jualan dalam tempoh yang sama berbanding tahun 2022. Selaras dengan itu, jumlah industri keseluruhan (TIV) juga meningkat sebanyak 12% dalam lima bulan pertama tahun 2023."

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Tag:

UMW Toyota Motor (UMWT)
Perodua
UMW Holdings
UMW Group
jumlah keseluruhan industri (TIV)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

10-01-2026
Kereta Baru

09-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Pandu Uji

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026