Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Sangat Pakai Kereta Mewah, Akhirnya Gigit Jari

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design---2023-06-16T092013.171.jpg

Gambar Hiasan.

Ramai betul yang berani beli kereta import terpakai di media sosial namun akhirnya kena scam.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. 

Buat masa ini,  Polis Diraja Malaysia telah merekodkan 818 kes penipuan jual beli kenderaan dalam talian dimana ia membabitkan kerugian sebanyak RM9.7 juta.

image.png

Beliau berkata, ramai yang terpedaya kerana sindiket terbabit menawarkan kenderaan import terpakai dari negara jiran pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Berdasarkan siasatan, modus operandi yang sering digunakan adalah mengiklankan kenderaan import terpakai yang kononnya dari Singapura, Thailand, Jepun dan sebagainya di medium media sosial.

“Harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding pasaran semasa. Mangsa berminat dengan tawaran itu kemudian akan diminta memasukkan wang ke akaun keldai konon untuk pembayaran wang proses, cukai jalan, geran, kastam dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image.png

Seperti biasa, sejurus wang masuk ke dalam akaun, kenderaan yang dijanjikan tidak akan diterima manakala sindiket pula lesap

Untuk itu, beliau menasihatkan kepada pembeli supaya hadir secara fizikal ke syarikat jualan kenderaan terpakai untuk melihat sendiri kenderaan yang dijual serta berbincang dengan ejen jualan sah.

“Jangan mudah percaya dengan iklan jualan kenderaan terpakai yang menawarkan harga terlalu murah atau istimewa atas alasan pengecualian cukai kastam, kereta rampasan dan sebagainya yang tidak dapat dipastikan kesahihan,” tambahnya.

Untuk rekod, sebanyak 1,336 kes direkodkan pada tahun lepas dengan kerugian lebih RM18,884,583, manakala 309 kes membawa kerugian lebih RM4,431,409 pada tahun 2021.


Gallery

Tag:

kereta terpakai
Royal Malaysian Police (PDRM)
scammer
JSJK
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Baru Guna Seminggu, Dah Rosak, Lebur RM51K

Bro Wong menasihatkan orang ramai agar berhati-hati membeli kereta terpakai.

21-06-2024
Berita Auto

Jualan Kereta Terpakai Turun 10% Berbanding Tahun Lalu

Jualan kereta terpakai dijangka menyederhana tahun ini. Apa yang berlaku?

21-08-2023
Berita Auto

"Jangan Rumitkan Permohonan Lesen Peniaga Kereta Terpakai." – Presiden FMCCAM

FMCCAM telah menggesa kerajaan untuk memudahkan proses mendapatkan lesen bagi peniaga kereta terpakai.

09-06-2023
Berita Auto

Jangan Terpedaya Helah Jual Kereta Di FB

Seorang wanita kerugian sebanyak RM132,860 kerana terpedaya dengan pembelian kereta terpakai di Facebook.

08-06-2023
Berita Auto

Serah Atau Lupuskan Nombor Plat Kenderaan Lama?

FMCCAM menggesa kerajaan melaksanakan satu sistem yang membolehkan pemilik kenderaan menyerahkan atau melupuskan nombor plat kenderaan mereka.

30-05-2023
Berita Auto

Funding Societies Sediakan Kemudahan Pinjaman Kepada Pengedar Kereta Proton Terpakai

Platform pembiayaan digital PKS terbesar Asia Tenggara, Funding Societies kini bekerjasama dengan pengeluar kereta negara, Proton, untuk memberikan bantuan kredit.

14-11-2022
Berita Auto

CTOS Lancar Platform Semakan Sejarah Kenderaan Terpakai, Kini Boleh Beli Dengan Lebih Yakin!

CTOS IDS Sdn Bhd, anak syarikat kepada CTOS Digital Bhd telah mengumumkan pelancaran sistem baharu iaitu Semakan Kenderaan CTOS..

14-10-2022
Berita Auto

Kajian Ini Dedahkan Warna Kereta Terbaik Untuk Nilai Jualan Semula Tertinggi

Warna sesebuah kereta memberi kesan kepada kadar susut nilai kereta. Ini penjelasannya.

09-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026
Berita Auto

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026