Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SL 43: Harga Kereta Kayangan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia menayangkan unit pratonton roadster 2+2 generasi baharu Mercedes-AMG SL 43 2023 sempena acara Mercedes-Benz Driving Experience yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Terdahulu, Mercedes-Benz turut melancarkan beberapa model  keluarga A-Class facelift dan Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023.

Berbalik kepada AMG roadster, ia sebenarnya dikuasakan dengan enjin 2.0 liter M139 dan bantuan sistem hibrid ringan (mild-hybrid) 48 voltan bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa 375 hp dan tork 480Nm.

Penhantaran kuasa ke roda belakang melalui kotak gear AMG Speedshift MCT 9G sembilan kelajuan membuatkan ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.9 saat sebelum mencapai kelajuan 275 km/j.

LUAR:

Menjengah bahagian luarannya, ia nampak sporty kerana hanya memiliki dua lampu manakala bentuknya agak membulat selain turut dilengkapi dengan bumbung fabrik tiga lapis.

image.pngimage.png

Difahamkan, bumbungnya itu boleh dibuka dalam masa 15 saat dalam kelajuan sehingga 60 km/j.

Selain itu, lampu depannya jenis Digital Light yang berbentuk agak tajam  membuatkan ia tampil agak agresif.

image.pngimage.png

Reka bentuk grilnya juga dilihat menegak dan terdapat lambang yang tertera perkataan Affalterbach AMG.

image.png

 SL 43 juga didatangkan secara standard dengan AMG Exterior Chrome Package.

Ia juga dipasang dengan empat ekzos selain dihiasi dengan rim bersaiz 21 inci manakala lampu belakangnya jugak agak sepet.

DALAM:

Biarpun, kami tidak boleh masuk  ke dalam kereta namun tayangan bumbungnya yang dibuka tiga lapis sudah memberi bayangan bahawa kelengkapan kabinnya memang terbaik.

image.png

Ia dilengkapi dengan infotainmen MBUX 12.3 inci dengan sensor cap jari, sistem bunyi Burmester manakala tempat duduk sporty AMG pula dibalut dengan ,kulit Nappa dan terdapat juga sistem pencahayaan ambien.

Pemandu pula dihidangkan dengan stereng AMG sporty yang juga dibalut dengan kulit Nappa.

image.pngimage.png

Apa yang penting,  generasi roadster SL ini mendapat konfigurasi tempat duduk 2+2 berbanding konfigurasi dua tempat duduk yang pernah kami lihat pada model sebelumnya. 

image.png

Dengan ruang yang menjadi premium dalam kereta sport kompak ini, kami boleh mengatakan bahawa tempat duduk belakang adalah terbaik untuk kanak-kanak atau menyimpan kargo tambahan, sekiranya anda mendapati ruang but belakang 240 liter tidak mencukupi untuk anda.

Seperti mana yang kami katakan tadi bahawa SL 43 hanyalah unit pratonton maka MBM masih belum memuktamadkan harganya namun syarikat itu tidak menolak bahawa harga atas jalan adalah sekitar RM1 juta.

image.png

Jangan terkejut!

Malah MBM juga mengambil sikap ‘mengunci mulut” untuk mendedahkan pakej waranti yang ditawarkan kepada roadster ini, tetapi kami menjangkakan ia akan datang dengan liputan waranti perbatuan tanpa had standard MBM selama 4 tahun. 

image.png

Apa pula pandangan anda mengenai SL43? Kongsikan.

Gallery

Tag:

Mercedes-AMG SL 43 Roadster
Mercedes-Benz Malaysia
mercedes AMG
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-08-2023
Kereta Baru

15-06-2023
Berita Auto

09-07-2025
Berita Auto
Kereta Baru

18-06-2024
Kereta Baru

23-05-2024
Kereta Baru

29-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026