Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Honda WR-V Kini Dibuka, Tarikh Pratonton Diumumkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png


Honda Malaysia kini menerima tempahan untuk SUV kecil, All-New Winsome Runabout Vehicle (WR-V), di semua 101 pengedar Honda di seluruh negara. Dilancarkan pada suku ketiga tahun 2023, WR-V dijangka menjadi model trendsetter seterusnya yang akan memikat hati ramai peminat SUV.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, "Kami sangat gembira menjadi pengeluar pasaran Jepun pertama yang memperkenalkan SUV kecil baharu dalam Segmen Bukan Nasional kepada rakyat Malaysia, yang akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2023. WR-V Serba Baharu ini memberikan pengalaman unik kepada pelanggan kami dengan ciri istimewa SUV Honda yang menggabungkan gaya sporty, teknologi terkini, ciri keselamatan, prestasi cemerlang, dan jarak kelegaan tanah yang tinggi."


dummy.png


Diperkenalkan di peringkat global pada bulan November tahun lalu, WR-V ditempatkan di bawah HR-V dengan saiz yang sama dengan Proton X50 dan Perodua Ativa. 


PRESTASI  HONDA WR-V 2023


Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang memberikan kuasa maksimum 119 hp/145 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT. 


dummy.png


Buat masa ini, Honda Malaysia belum menunjukkan tanda-tanda untuk memperkenalkan pilihan hibrid petrol-elektrik bagi WR-V. Namun, berdasarkan sambutan yang diterima untuk HR-V dan Civic versi e:HEV RS, tidak mustahil sekiranya W-RV akan turut ditawarkan dalam versi yang sama pada masa akan datang. 


REKA BENTUK  HONDA WR-V 2023


Dari segi dimensi, model ini berkepanjangan 4,060 MM, dengan lebar 1,780 MM, dan tinggi 1,608 MM. Dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi iaitu 207 MM, lebih tinggi berbanding kereta-kereta kelas di atasnya, menjanjikan ciri praktikal yang lebih tinggi selain mudah untuk dikendalikan di kawasan bandar. 


Model ini akan ditawarkan dalam varian RS yang mempunyai emblem RS, gril depan unik, dan rim aloi bersaiz 17 inci dua tona dalam rekaan baharu. Bentuk badannya bertambah ranggi dengan pemegang pintu belakang bergaya coupe. 


Kelengkapan lain ialah cermin sisi lipatan automatik, lampu depan LED automatik, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus depan LED dan lampu  isyarat pusingan LED berjujukan. 


CIRI KESELAMATAN HONDA WR-V 2023


dummy.png


WR-V Serba Baharu ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, termasuk Honda SENSING, teknologi keselamatan menyeluruh dan canggih yang terdiri daripada lapan fungsi keselamatan iaitu Pemberitahuan Pelepasan Kenderaan Hadapan (LCDN), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Sistem Pembrekan Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Sistem Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Keluar Jalan Raya (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB).


dummy.png


Teknologi lain yang dilengkapkan pada model ini ialah Honda LaneWatch untuk memudahkan pemantauan semasa menggunakan jalan raya dan Honda CONNECT, teknologi inovatif yang membolehkan pelanggan mengakses pelbagai fungsi melalui telefon pintar.


PRA-TONTONAN HONDA WR-V 2023


Menjelang pelancaran SUV ini, Honda Malaysia akan mengadakan acara pra-tontonan eksklusif di beberapa pengedar Honda terpilih. Butiran pengedar yang terlibat disenaraikan di bawah:


dummy.png


TEMPAHAN  HONDA WR-V 2023


Pelanggan yang ingin membuat tempahan WR-V yang boleh log masuk ke prebook.honda.com.my, muat turun aplikasi HondaTouch di telefon pintar mereka, atau kunjungi mana-mana daripada 101 pengedar Honda yang berlesen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai WR-V yang baru, pelanggan boleh menghubungi Honda Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-2020 atau melayari laman web www.honda.com.my.

Tag:

WR-V
Honda Malaysia
Honda WR-V
2023 Honda WR-V
Tempahan Dibuka
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

09-12-2023
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026