Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pembangunan EV, Ini Rancangan Syarikat...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png


Pengeluar kereta Jepun, Toyota, nampaknya serius mempergiatkan lagi usaha untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV) ekoran tekanan yang diterima daripada pengkritik dan pelabur. Ini dibuktikan daripada jadual perancangan yang telah dibentangkan syarikat semasa persidangan pembangunan teknologi tahunan yang diadakan baru-baru ini. 


Pelan ini melibatkan janji Toyota  untuk menghasilkan EV generasi baharu pada separuh kedua dekad ini, diikuti dengan pelan untuk memperkenalkan bateri keadaan-pepejal atau solid-state bermula tahun 2028. Bateri yang bakal dihasilkan itu nanti dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 1,500 km dengan sekali cas.


 


Selain itu, Toyota turut mengatakan bahawa pada tahun 2026 nanti, syarikat akan memperkenalkan bateri litium-ion "generasi seterusnya" di bawah nama Lexus yang mampu mencapai jarak perjalanan tidak kurang daripada 1,000 km. 


Seterusnya, pada tahun 2026-2027, Toyota akan memulakan pengeluaran bateri fosfat besi litium bipolar  yang boleh mengurangkan kos sehingga 40% berbanding dengan bateri sebelumnya. Kemudian, Toyota  akan memperkenalkan bateri fosfat besi litium bipolar yang lebih canggih dengan jarak pemanduan tambahan 10% pada tahun 2027-2028. 


dummy.png


Selepas  tahun 2028, Toyota akan memperkenalkan teknologi bateri pepejal yang dijangka dapat mencapai jarak perjalanan 50% lebih jauh berbanding sebelumnya.  


Ketua Pegawai Teknologi Toyota, Hiroki Nakajima berkata, "Kami berazam untuk menjadi peneraju dalam [pembangunan] bateri di dunia. Kami memerlukan pelbagai pilihan bateri, sepertimana kepelbagaian jenis enjin yang ada. Penting untuk menjadikan bateri-bateri ini sesuai dengan sebarang jenis model kereta,” tambahnya. 


dummy.png


Toyota menganggarkan sekitar 1.7 juta EV akan dihasilkan menggunakan platform binaan baharu yang direka khas menjelang tahun 2030, menggunakan bateri pepejal mulai tahun 2027.


Di samping itu, Toyota turut mendedahkan bahawa syarikatnya sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi giga casting  untuk memudahkan dan meningkatkan pengeluaran kenderaan. Toyota juga merancang untuk membangunkan reka bentuk ultra-aerodinamik dengan nilai pekali tahanan angin di bawah 0.20 dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.


dummy.png


Pelan pembangunan teknologi EV ini menandakan kedatangan lebih banyak model EV daripada Toyota yang buat masa ini hanya menawarkan sebuah model elektrik iaitu crossover bZ4X yang baru-baru ini diperkenalkan di Malaysia. EV ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.


Jika artikel ini menarik, anda mungkin ingin membaca artikel di bawah:


Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!


Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?

Tag:

Toyota
BEV
Toyota bZ4X EV SUV
Pelan EV Toyota
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GJAW: Toyota Veloz Kini Hadir Dalam Versi Hybrid, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Toyota Veloz Hybrid (HEV) didedahkan pada ekspo Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW), baru-baru ini.

25-11-2025
Global

Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ.

22-10-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

Toyota GR Yaris Rally2 H2: Kereta Rali Hidrogen Pertama Dunia Bakal Beraksi Di WRC!

Toyota sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk membangunkan teknologi hidrogen dengan Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept.

09-07-2025
Global

Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun

Pengeluaran model hot-hatch GR Corolla akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.

03-06-2025

Berita Terkini

EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026