Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

AAPICO Labur RM140 Juta Untuk Hasilkan Komponen Kereta PROTON

Suhana Veru

Kongsi melalui


WhatsApp-Image-2023-07-03-at-18.47.52.jpeg

Pengeluar kereta nasional, PROTON menjalin usaha sama strategik dengan syarikat alat ganti kenderaan terbesar di Thailand, AAPICO Hitech Public Company Limited (Aapico).

Untuk itu, Aapico  akan melabur sebanyak RM140 juta untuk mengeluarkan komponen dan alat ganti seperti dies, jig, hot stamping, badan kenderaan dan casis.

Menyentuh mengenai pelaburan itu, sebanyak RM40 juta akan digunakan untuk kemudahan seluas 8.09 hektar milik AVE Global bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan PROTON.

Sementara itu, pelaburan RM100 juta lagi dalam perancangan untuk tahun 2024 bagi meluaskan kilang dan pembelian mesin pengeluaran.

Datuk-Seri-Tengku-Zafrul-visits-Gallery-of-Inspiration-at-PROTON-HQ.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, menerusi usaha sama itu, ia membantu pihaknya mengoptimumkan kos, kecekapan dan kualiti lebih baik dalam pengeluaran kereta PROTON.

“Seiring dengan pengeluaran yang semakin meningkat, kami akan terus berusaha untuk memastikan produk kami standing dengan pesaing dari segi ciri-ciri serta kualiti,” katanya pada sidang media selepas pengumuman usaha sama, sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Duta Thailand Ke Malaysia, Lada Phumas; Pengerusi Aapico, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

WhatsApp-Image-2023-07-03-at-18.53.12.jpeg

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aapico Hitech Public Company Limited, Yeap Swee Chuan pula berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menembusi pasaran Malaysia.

“Kami berhasrat untuk membawakan kepakaran dan teknologi pembuatan dalam usaha sama ini dengan menyediakan alat ganti kepada PROTON serta menyokong pelan perkembangan mereka di pasaran tempatan dan eksport.

"Kemudahan pembuatan sedia ada akan meningkatkan jumlah pengeluarannya dengan produk baharu yang kini dalam perancangan," katanya.

WhatsApp-Image-2023-07-03-at-18.51.03.jpeg

Menerusi kerjasama berkenaan, Aapico akan memegang  saham 60 peratus AVE Global daripada Proton, dan 40 peratus dimiliki Proton dalam syarikat yang akan dinamakan semula sebagai Aapico Avee Sdn Bhd.

Mengulas lanjut mengenai usaha sama itu,  Swee Chuan berkata, pihaknya memiliki pengalaman dan kepakaran yang cukup luas.

Maka, pihaknya akan menguruskan operasi dan memperkenalkan penggunaan teknologi baharu untuk mengeluarkan alat ganti yang lebih berkualiti, menambah baik pengeluaran dan menjimatkan kos.

"Perkembangan di masa hadapan itu juga akan menyaksikan pembangunan modal insan dengan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan sambil menarik pekerja berkemahiran tinggi ke negara ini," katanya.

Tag:

AAPICO
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026